AYAM MASAK KICAP SAMBAL KESUKAAN ANAK-ANAK…

Kongsikan...
88 / 100

AYAM MASAK KICAP

Ayam Masak Kicap Ayam Masak Kicap Sambal

Sebut saja ayam masak kicap atau ayam kicap, pasti anak-anak gembira mendengarnya. Apa tidaknya, ayam masak sebegini memang makanan kegemaran kanak-kanak.

Malah ada sesetengah daripada mereka cukup sekadar goreng ayam, kemudian cucur kicap di atasnya, dah memadai. Memang berseleralah anak-anak makan nasi, emak-emak pun gembira melihat telatah anak-anak mereka makan.

Sebenarnya menyediakan masakan ini bukan semudah itu, perlu kreatif dalam menambah bahan-bahan lain agar anak-anak tidak mudah jemu. Sebut saja nak masak ayam kicap, pasti keluar daripada mulut mereka perkataan “Hoooorayyyy”.

Apa tidaknya, kehitaman warna kicap apabila bersalut dengan ayam yang telah digoreng akan nampak berkilat dan terserlah kesedapannya serta mengiurkan anak-anak.

Ayam Masak Kicap

AYAM KICAP SAMBAL SESUAI UNTUK ANAK-ANAK

Makanan yang sedap, sudah menjadi lumrah dan merupakan sebahagian daripada dunia mereka terutama dalam proses membesar.

Kali ini kami nak berkongsi masakan kegemaran kanak-kanak iaitu ayam masak kicap berperisa sambal sederhana pedas.

Ianya tidaklah pedas sangat, sekadar penyedap rasa yang dicampur pada kuah kicap bagi membangkitkan bau yang harum.

Tambahan lagi, dengan perisa ini kuah ayam masak kicap tersebut akan menjadi lebih pekat dan mudah menyerap masuk pada isi ayam yang telah digoreng terlebih dahulu sebelum itu.

Ayam Masak Kicap

Kami menggunakan ibu sambal sebagai bahan penyedap bagi menghasilkan ayam masak kicap sambal yang simple dan ringkas. Memang sesuai sekali untuk ibu-ibu yang sibuk, keluar rumah seawal pagi dan kembali ke rumah sudah agak malam.

Bahan-bahanya ialah:

– 1 ekor ayam dipotong halus

– 1 ulas bawang putih, dimayang

– 1 labu bawang besar yang dipotong

–  Sedikit halia

– 1 biji tomato dihiris nipis

– Kicap

– 2 sudu ibu sambal

Ayam Masak Kicap

Cara memasaknya:

Bawang putih ditumis, dikuti bawang besar dan halia. Masukkan kicap dan tambah sedikit air. Masukkan ibu sambal dan kacau sehingga sebati. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng, diikuti buah tomato. Garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih beberapa minit sebelum mengangkatnya.

Selamat mencuba ayam masak kicap ringkas yang istimewa ini, pastinya tidak berapa pedas. Memang sesuai untuk anak-anak.

Rujuk demo video masakan ayam kicap sambal untuk lebih memahaminya.– D’APBROZE



Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakanKlik Di sini Sekarang
Kongsikan...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top