LEKA MENIKMATI SALMON, TIDAK SEDAR BUMBUNG KERETA MEMBEKU…

Kongsikan...



Kelibat ikan-ikan salmon sepanjang satu hingga dua meter menyambar palet di permukaan air merupakan tarikan utama mereka yang berkunjung ke pusat ternakan High Country Salmon di Twizel, New Zealand. Lantas membuat kami berfikir bagaimana untuk memasaknya dengan cara mudah dan ringkas ketika dalam perjalanan.

Kebiruan air Tasik Wairepo Arm yang menempatkan sangkar-sangkar salmon juga memukau pandangan mata. Ditambah pula dengan hamparan permaidani putih pada puncak pergunungan Mt Cook di pulau selatan itu, menjadi satu tarikan kepada pencinta alam yang berkunjung ke sini pada musim sejuk dari bulan Jun hingga Ogos.

Gambar : Google

Kami singgah di sini, selepas pemanduan kira-kira satu jam dari Tekapo menuju ke Wanaka setelah menginap selama dua malam di situ.

Ketika berada di atas platfom kayu di dalam tasik, kelihatan ramai pelancong memberi makan ikan salmon di sebuah kolam khas mengunakan palet yang disediakan secara percuma.

Selepas terhibur dengan gelagat salmon menyambar palet di permukaan air, pelancong-pelancong mengambil kesempatan menikmati makanan yang berasaskan salmon di kafe terapung yang boleh menempatkan kira-kira 100 pengunjung pada satu-satu masa.

Kami turut beratur memesan makanan ringkas iaitu empat burger salmon dan masing-masing satu kari salmon bersama nasi dan mee sup salmon. Harganya agak berpatutan, di mana kami membayar NZ$60 (RM180) untuk enam pesanan berkenaan.

Sebelum meneruskan perjalanan kami turut membeli empat keping isi ikan salmon segar berharga NZ$53 (RM159) untuk dipanggang secara ringkas dan mudah menggunakan ibu sambal yang dibawa khas dari Malaysia.

Sesampainya di motel penginapan kami di Wanaka jam menunjukkan pukul 7 malam dan suhu mencecah negatif 1 darjah selsius. Perjalanan sejauh 201 km selama empat jam itu sungguh memenatkan kerana kami singgah di beberapa tempat menarik iaitu Tasik Pukaki, High Country Salmon, Clay Cliff dan Lindis Pass.

Oleh kerana perut mula terasa lapar, kami bergegas ke dapur motel berkenaan untuk memasak nasi dan memanggang ikan salmon yang dibawa bersama. Wah!!! Isi salmon yang segar dan berkilat itu, baunya harum semerbak bila disapu dengan ibu sambal.

Malah ada di antara penghuni lain terutamanya ‘Mat Saleh’ yang sedang menyediakan makanan berpaling ke arah kami ketika salmon berkenaan diperat. Setelah selesai disapu kami terus memasukkan salmon itu ke dalam ketuhar selama kira-kira 20 minit.

Ternyata salmon segar itu menjadi bertambah manis apabila ibu sambal berkenaan sebati dengan isi salmon tadi. Kepingan isinya yang pejal membuatkan kami leka menikmatinya tanpa menyedari air yang melekat pada bumbung kenderaan kami mula membeku menjadi ais.

Sesungguhnya kombinasi salmon segar bersama ibu sambal yang dimasak secara ringkas dan mudah, membuat kami lupa sejenak cuaca yang semakin sejuk di Wanaka sehingga mencecah negatif tiga darjah selsius. – D’APBROZE

Ibu sambal adalah resipi berasaskan sambal bagi membantu surirumah dan mereka yang sentiasa sibuk dalam menyediakan makanan dengan lebih cepat. Tidak seperti sambal yang lain, ibu sambal mampu menghasilkan lebih 20 jenis masakan. Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat dengan Klik Di sini Sekarang

 

Kongsikan...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top