KENAPA MAKANAN RINGKAS YANG DIMASAK DALAM KAWAH SEDAP…

Kongsikan...


Kaum bapa memasang khemah dan merebahkan lembu, manakala kaum ibu bergotong-royong kupas bawang merah, bawang putih dan potong cili kering untuk memasak makanan ‘simple’ atau ringkas.

Tradisi sebegini tidak sah tanpa kedengaran hilai tawa dan usik mengusik samada di kalangan kaum ibu dan tidak kurang juga kaum bapanya.

Malah suasana begini amat dinantikan oleh semua penduduk kampung, apa tidaknya inilah masa untuk berkumpul sambil mengeratkan silatulrahim.

Bagi teruna dan dara peluang ini tidak dilepaskan begitu sahaja, inilah masanya bagi teruna untuk mengintai si dara yang bakal dijadikan pasangan hidup. Manakala si dara pula berangan menaiki pelamin bersama pilihan hati dalam suasana yang lebih meriah lagi.

Dalam keriuhan suara usikan itu, bahan-bahan tadi ditumbuk menggunakan lesung atau dikisar dengan pengisar batu sebelum dimasak menjadi sambal tumis atau ibu sambal, iaitu bahan utama dalam setiap masakan masyarakat Melayu.

Semuanya ini dilakukan secara bergotong-royong dan sedikit pun tidak mengharapkan upah atas penat lelah yang dicurahkan.

Malah ada juga yang datang membantu membawa beras dan gula untuk disedekahkan sebagai kenduri arwah untuk ahli keluarga yang telah pun meninggal.

Itulah tradisi sehari sebelum majlis kenduri diadakan di kampung pada suatu ketika dahulu, ianya merupakan satu simbol keakraban masyarakat dahulu yang penuh dengan nilai-nilai murni.

Sementara itu di sebelah pihak lelaki, lembu yang rebah dilapah dan dipotong sebelum dimasak dengan kuantiti yang banyak dalam kawah besar menggunakan kayu api sebagai bahan bakar.  

Namun begitu masakan ‘simple’ atau ringkas ini rasanya tetap sedap, itulah kelebihan masakan warisan Melayu pada zaman dahulu. 

Kini masa sudah berubah mengikut peredaran zaman. Kaum wanita sibuk dengan tugasan masing-masing, tiada lagi masa untuk kupas bawang, potong cili, kisar dan menumis.

Tiada lagi kedengaran usik mengusik dan hilai tawa, tiada lagi intai mengintai antara teruna dan dara. Kerja-kerja itu telah diambil alih oleh kontraktor makanan, keaslian rasa hidangan seperti zaman dahulu adalah satu perkara subjektif untuk diungkaikan.

Apakah resipinya masih dibuat secara tradisional tanpa mengguna bahan pengawet bagi mengekalkan keasliannya?

Masih adakah sambal tumis atau ibu sambal warisan generasi dahulu untuk menghasilkan makanan ‘simple’ atau ringkas yang terserlah kelazatannya? — D’APBROZE

Ibu sambal adalah resipi berasaskan sambal bagi membantu surirumah dan mereka yang sentiasa sibuk dalam menyediakan makanan dengan lebih cepat. Tidak seperti sambal yang lain, ibu sambal mampu menghasilkan lebih 20 jenis masakan. Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat dengan Klik Di sini Sekarang
Kongsikan...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top