NASI GORENG RINGKAS, PENYELAMAT PERTENGAHAN BULAN…

Kongsikan...

Sebut saja nasi goreng, pasti ramai yang tahu, malah kanak-kanak pun bila ditanya nak makan apa? Jawapan yang keluar daripada mulut mereka ialah NASI GORENG, begitulah sinonimnya makanan berkenaan di kalangan masyarakat kita.

“Nak makan apa ya hari ini, tengok lauk pun dah jemu. Hari-hari tengok benda sama jerrrr… Aaaaa nasi goreng laaa hari ini”, itulah yang selalu kedengaran bila tiada banyak pilihan terutama kepada mereka yang selalu makan di kedai.

Nasi goreng menjadi penyelamat kepada perut yang kelaparan, terutama sekali bila masuk tengah bulan. Sebab itulah setiap restoran atau warung yang menjual masakan panas, tidak sah kalau tidak mepamerkan menu nasi goreng, macam-macam menu nasi goreng yang disediakan.

Begitulah popularnya menu ini, ada sesetengah warung hanya menjual makanan bergoreng sahaja tetapi pelanggannya memenuhi setiap meja di sepanjang kaki lima, bandar-bandar besar setiap malam.

Tidak kira tua, muda, miskin dan kaya pasti menyukainya. Begitulah hebatnya menu ini sehingga menjadi makanan kegemaran masyarakat di Asia Tenggara. Mana saja kita pergi, memang mudah untuk mendapatkannya.

Di sebalik kepopularitinya, tidak ramai yang tahu cara paling senang menyediakan nasi goreng yang ringkas dan sedap.

“Sebenarnya, nasi goreng ringkas ni…10 minit jerrr, dah boleh dihidangkan untuk 5 orang… Tiada masa untuk sediakan sarapan atau memasak bukan lagi alasan… Anak-anak dan suami pasti sukakannya…”, kata salah seorang tukang masak yang enggan dikenali.

Mari kita tengok bagaimana menyediakannya. Bahan-bahannya, 5 pinggang nasi putih, isi ayam, 2 biji telor, sayur-sayuran ikut cita rasa, 2 sudu besar sambal tumis. Kicap, garam serta gula secukup rasa.

Panaskan sambal tumis, masukkan isi ayam, telor dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran, garam dan gula. Tambah sedikit air dan kicap, akhir sekali masukkan nasi. Kacau sehingga sebati.

Sungguh senang, ringkas dan mudah, rujuk tutorial video untuk lebih memahaminya. Selamat mencuba…– D’APBROZE

Ibu sambal adalah resipi berasaskan sambal bagi membantu surirumah dan mereka yang sentiasa sibuk dalam menyediakan makanan dengan lebih cepat. Tidak seperti sambal yang lain, ibu sambal mampu menghasilkan lebih 20 jenis masakan. Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat dengan Klik Di sini Sekarang

 

Kongsikan...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top