DALCA DAGING DAN CARA PALING MUDAH MASAK DALCA…

Kongsikan...
Dalca Daging

Sebut saja dalca daging pasti terbayang ayam masak merah, daging kurma besar seketul dan acar timun.

Hidangan dalca daging ini memang tidak sah tanpa hidangan lain seperti di atas. Kebiasaannya ia dihidangkan pada majlis kenduri di kampung-kampung dengan kapasiti untuk enam orang semeja.

Menariknya gulai dalca daging akan sentiasa dibimbit dalam baldi plastik kecil oleh ‘jong kako’ atau pelayan yang sentiasa mundar-mandir dari meja ke meja untuk menambah dalca tersebut apabila melihat dalca dalam pinggang mula berkurangan.

Senario begini sudah kurang kelihatan kerana ‘trend’ masa kini yang lebih mengutamakan hidangan ala buffet. Kalau masih kelihatan pun, mungkin di kampung-kampung yang masih mengamalkan konsep gotong-royong dalam menyediakan makanan untuk majlis-majlis kenduri.

Dalca adalah sejenis gulai yang berwarna keemasan dan kemerahan hasil daripada pelbagai rempah-ratus yang dimasukkan ke dalamnya ketika memasak.

Dalca Daging

Lebih 70 peratus gulai dalca ini menggunakan pelbagai jenis sayur-sayuran seperti terung, kacang panjang dan sayur jagung. Ada juga di sesetengah tempat menggunakan umbuk kelapa dan buah ara sebagai sayurnya.

Manakala kandungan daging pula hanya lebih kurang 30 peratus sahaja. Kebiasaannya daging yang digunakan ialah daging cincang iaitu lebihan daripada daging elok yang digunakan untuk masakan lain.

Sebab itulah, pelayan akan sentiasa membawanya dalam baldi plastik kecil sebagai hidangan tambahan.

Walaupun dalca ini menggunakan lebihan daging elok, namun rasanya memang sedap. Tengok warnanya pun sudah mengiur dan menyelerakan.

Malah ada sesetengah tetamu yang hadir memintanya diisi dalam plastik untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Itulah kelebihan gulai dalca daging kampung.

Dalca Daging

Bahan asas untuk membuat dalca ini sebenarnya ialah ibu sambal, tanpanya warna agak pudar dan kurang kemerahannya.

Tambah pula bila menggunakan ibu sambal dalca daging ini akan bertambah enak dan sebati bersama rasa rempah-ratus yang lain.

Kebanyakan masyarakat hari ini beranggapan dalca ini sukar untuk dimasak kerana bahan-bahannya yang remeh.

Sudah sinonim di fikiran masing-masing hanya generasi lama saja yang tahu memasak dalca ini

Sebenarnya masak dalca daging ini cukup mudah dan senang, tidak seperti apa yang digambarkan. Mari tengok cara penyediaannya:

Dalca Daging

Bahan-bahanya;
Sedikit bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hindi, hirisan halia, 3 biji terung, kacang panjang, sayur jagung, 1 biji tomato, 2 cili hijau, 500 gm daging lembu cincang, 1 paket rempah dalca, santan dan 3 sudu ibu sambal.

Cara membuatnya;
Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hindi. Kemudian masukkan daging dan ibu sambal, kemudian kacau hingga sebati.

Masukkan rempah dalca, kemudian kacau dan tambah sedikit air. Masukkan halia, santan dan kacau sehingga mendidih.

Kemudian masukkan sayur (terung, sayur jagung, kacang panjang, tomato dan cili hijau). Garam dan gula secukup rasa.

Dalca Daging

Sungguh mudah, rujuk video untuk melihat cara dalca daging ringkas dimasak. Selamat mencuba menu masakan tradisional Melayu yang sedap dan lazat – D’APBROZE


Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang

 

Kongsikan...

AYAM KOREA… RASAI KESEDAPANNYA TANPA PERGI KE KOREA…

Kongsikan...
Ayam Goreng Korea

Ayam goreng Korea adalah satu menu yang popular di kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Rasanya yang masam, manis, ranggup dan pedas sememangnya sesuai dengan cita rasa orang kita.

Sebenarnya gelombang Korea Selatan ini mula meresap di jiwa orang-orang kita pada 2002 apabila stesen televisyen tempatan menyiarkan drama bersiri Winter Sonata.

Tidak cukup dengan itu budaya musik pop Korea iaitu K-Pop pula dibawa masuk, menjadi ikutan anak-anak muda kita pada hari ini.

Malah ramai antara kita beranggapan apa jua yang datang daripada Korea Selatan itu selari dengan peredaran zaman.

Justeru itu perkataan Korea meniti di bibir masyarakat kita. Satu kegilaan!!! Bila tanya makan mana? Menu apa? Melancong ke mana? Fesyen? Semuanya sebut Korea.

Ayam Goreng Korea

Nak masak apa? Jawapannya juga Ayam Korea. Tak apa laaaa. Mari kita tengok kelebihan Ayam Goreng Korea yang pastinya pedas berapi.

Ianya sesuai dimakan bersama nasi ataupun dimakan begitu saja. Saiznya yang kecil, ranggup bersalut tepung dan bersos menjadikan Ayam Korea ini sesuai dimakan sambil menonton televisyen bersama keluarga terutama pada hujung minggu.

Ayam goreng Korea ini disebut ‘Dak Ganjeong’ dalam Bahasa Korea Selatan, ayam yang dipotong halus digoreng dengan tepung dan disaluti dengan sos pedas dan manis.

‘Dak’ bermaksud ayam manakala ‘Gangjeong’ adalah sos pedas manis yang melekat pada ayam,

Campuran madu lebah yang merupakan salah satu bahan untuk membuat sos tersebut menyebabkan warnanya berkilat dan mengiurkan mata memandang.

Itulah kelebihan ayam goreng Korea sehingga restoran-restoran yang menyajikan masakan Korea tumbuh bagai cendawan di Malaysia.

Ayam Korea

Sampai ada yang berkata, “lidah ni sekarang selalu rasa nak jamah makanan Korea je. Memang suka sangat tengok masakan Korea sampai rasa nak cuba semua”.

Begitulah gelagak orang kita apabila pengaruh Korea mula sebati dan konon-kononnya ikut ‘trend’ masa kini serta peka dengan perubahan.

Tahu tak anda, bahan asas masak Ayam Goreng Korea ini juga daripada ‘Ibu Sambal D’Apbroze’ bagi menggantikan sos pedas Korea Ghocujang.

Siapa sangka yaaaa, ibu sambal ni boleh masak pelbagai masakan. Dari pelbagai menu masakan Melayu sehinggalah menu daripada luar negara. Kami juga memasukkan sedikit daun kari bagi menambah keharuman baunya.

Mari tengok cara buatnya; tumis bawang putih dan cili api, kemudian masukan 1 sudu besar ibu sambal, cili sos, madu, daun kari (pilihan), kicap, gula dan sedikit garam.

Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng dengan tepung, kacau hingga sebati. Kemudian angkat dan taburkan sedikit bijan (pilihan). Sekarang ayam goreng Korea telah sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba ayam goreng Korea, pasti sedap sehingga menjilat jari  sampai terbayang berada di negara Korea Selatan.

Ayam Korea
Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang
Kongsikan...

RESIPI ASPARAGUS GORENG & MEMILIH ASPARAGUS SEGAR…

Kongsikan...
Asparagus Goreng

Asparagus!!! Nak masak apa sayur asparagus ni? Itulah persoalan yang timbul, apabila melihatnya. Maka mulalah mencari resipi masak asparagus di internet. 

Cara masak sayur asparagus ini sebenarnya bukanlah susah sangat, cuma kita terkejut melihat bentuk dan rupanya. Maklumlah bukan selalu melihat asparagus ini, batangnya seakan-akan buluh kecil dan pucuknya meruncing tajam seperti rebung.

Pelbagai persoalan bermain di minda, sedap ke asparagus ni, keras ke batangnya, nak masak apa yaaaa… dan lain-lain lagi persoalan yang bermain.

Sebenarnya sayur asparagus ini kaya dengan zat besi, potassium, kalsium, fosforus, Vitamin A dan C.



Ketika membeli pastikan anda memilih sayur asparagus yang segar iaitu bewarna hijau, batang yang keras dan tidak layu. Pilih asparagus yang berbatang kecil, batang yang besar menyebabkan bahagian dalam berserabut dan bertekstur seperti kayu.

Cara untuk mengetahui samada batang itu keras atau lembut ialah dengan memegang menggunakan kedua-dua belah tangan pada bahagian pangkal.

Kemudian, lenturkan perlahan-lahan sehingga merasa keras dan patahkannya. Kebiasaannya bahagian ini bewarna keputihan kerana tertanam di dalam tanah dan terlindung dari cahaya matahari.



Sekiranya tidak mahu melenturnya, bahagian pangkal ini boleh juga dipotong terus kira-kira 3 inci dan dibuang.

Baru-baru ini kami sempat membeli sayur asparagus ketika berkunjung ke tanah tinggi Cameron Highlands.

Kebetulan kami menginap di salah sebuah apartmen yang turut menyediakan dapur dan peralatan memasak. Bolehlah memasak makanan simple atau ringkas untuk seisi keluarga.

Mari kita tengok cara memasak 500 gm sayur asparagus yang telah dipotong pendek kira-kira 3 inci.



Mula-mula tumis 1 ulas hirisan bawang putih, kemudian masukkan beberapa ekor udang dan satu setengah sudu ibu sambal.

Tambah sedikit air dan masukkan sayur asparagus yang telah dipotong tadi. Kacau hingga sebati dan akhir sekali masukkan hirisan 1 biji buah tomato. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa sebelum mengangkatnya.



Resipi masak asparagus ringkas ala Malaysia ini memang sedap samada dimakan bersama nasi beserta lauk-pauk lain atau dimakan begitu sahaja.

Selamat mencuba resipi masak asparagus yang simple dan ringkas ini.– D’APBROZE

Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang

 

Kongsikan...

RESIPI AYAM MASAK MERAH ALA KENDURI KAMPUNG

Kongsikan...
Ayam Masak Merah Ala Kenduri

Ayam Masak Merah merupakan salah satu menu utama  pada majlis  kenduri di kampong pada suatu ketika dulu. Hidangan seolah-olah tidak lengkap tanpanya.

Kebiasaannya Ayam Masak Merah ini dihidangkan bersama daging masak kurma dan gulai dalca untuk satu hidangan. Kesemua lauk tadi dipotong dalam ketulan besar khas untuk dimakan 5 orang kecuali gulai dalca yang sedia ditambah.

Kebiasaanya seekor ayam akan dipotong empat sebelum dimasak Ayam Masak Merah dalam kuantiti yang banyak menggunakan kawah secara gotong-royong.

Itulah keunikan masakan tradisional Melayu pada satu masa dahulu, semuanya dilakukan secara sukarela. Ikatan ukhwah sesama mereka semakin erat dengan kedengaran hilai-tawa pada setiap majlis kenduri yang diadakan sempena majlis perkahwinan.

Kini suasana sebegini sudah tiada lagi, peredaran zaman yang dilalui menyebabkan semuanya berubah. Penyediaan makanan telah diserahkan kepada penyedia perkhidmatan katering, manakala hidangan 5 orang semeja ditukar kepada stail buffet.



Tiada lagi pemandangan tetamu yang hadir terus ke meja panjang yang disediakan untuk mencukupkan bilangan 5 orang, sebelum pekerja lelaki sukarela mengangkat hidangan menggunakan dulang besar.

Gelaran yang diberikan kepada mereka di sesetengah tempat berbeza, seperti contoh di Kelantan dipanggil ‘Jong Kako’. Perwatakan mereka boleh dikenali dengan menyelempangkan tuala kecil ‘Good Morning’ bewarna putih di bahu masing-masing.

Mereka akan merai tetamu yang hadir, memastikan lauk-pauk dan nasi yang disediakan mencukupi. Pendek kata mereka juga yang menjadi pelayan mewakili tuan kerja atau majlis.

Baik atau buruk layanan yang diberikan, menggambarkan layanan yang diberikan oleh tuan majlis kepada tetamu yang hadir.

Tugas tuan rumah hanya menyambut semasa ketibaan dan bersalaman dengan tetamu ketika ingin pulang selepas selesai menikmati hidangan.

Manakala tugas menyediakan Ayam Masak Merah pula dilakukan oleh kaum wanita, bermula daripada proses menyiang dengan seekor ayam dipotong kepada 4 bahagian. Kebiasaanya 100 hingga 200 ekor ayam disediakan berperingkat-peringkat.

Ayam-ayam yang telah dipotong tadi digaul dengan garam kunyit sebelum digoreng dalam kuali yang besar.

Sekumpulan kaum ibu yang lain pula sibuk memotong cili kering, mengupas bawang merah dan bawang putih untuk dikisar sebelum ditumis menjadi ibu sambal iaitu bahan asas untuk memasak  Ayam Masak Merah.

Ayam-ayam yang telah siap digoreng tadi, dimasak sekali lagi dengan memasukkanya ke dalam ibu sambal.

Baru-baru ini kami memasak Ayam Masak Merah dengan kaedah di atas menggunakan ibu sambal.

Satu ekor ayam saiz sederhana dipotong 4 bahagian, dilumur garam kunyit, kemudian digoreng sederhana garing.

Selepas itu satu labu hirisan Bawang Holland ditumis, kemudian 4 sudu besar ibu sambal dimasukkan. Sedikit air, garam dan gula ditambah, dikacau sehingga sebati.

Akhir sekali, kami masukkan ayam yang telah digoreng tadi, Ayam Masak Merah telah tersedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resipi Ayam Masak Merah ringkas, pasti menjilat jari. – D’ APBROZE

Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang

Kongsikan...

10 PAKET KUEY TEOW HASILKAN PULANGAN RM201

Kongsikan...

Nampak sedap!!! Warnanya pun memang mengiurkan… Begitulah tekak orang kita bila melihat makanan, warna yang menarik pasti sedap rasanya. Bagi peminat kuey teow goreng warna memainkan peranan penting, sekiranya pudar maka kurang pecah air liurnya.

Kuey Teow Kerang, satu menu yang mendapat sambutan di kalangan masyarakat kita. Makanan ini senang didapati di pasar-pasar malam atau di kaki-kaki lima kedai yang dimasak mengikut pesanan pelanggan.

Tidak kurang juga yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk membelinya walaupun hanya sebungkus. Tak sah, menikmati Kuey Teow Kerang tanpa membawa balik cili jeruk hijau yang dipotong.

Baru-baru ini kami bercadang untuk memasak Kuey Teow Kerang bagi merai kawan-kawan anak yang datang beraya di rumah . Masanya agak singkat dan kebetulan pula kami agak sibuk dengan undangan rumah terbuka Hari Raya Idilfitri.

Keputusan diambil untuk menggunakan ibu sambal yang dijual di pasaran bagi memasak kuey teow tersebut. Lalu kami menyediakan bahan-bahan iaitu 10 paket kuey teow seberat 450gm setiap satu, 2 paket isi kerang, daun kucai, sayur toge dan 1 botol ibu sambal.

Setelah bahan-bahan tersedia kami mula menggoreng, kami rasa terkejut masa yang diambil untuk menyiapkan Kuey Teow Kerang itu kira-kira 10 minit sahaja.

Sungguh mudah dan cepat apabila menggunakan ibu sambal, masa tidak terluang begitu sahaja untuk mengupas bawang merah, bawang putih dan cili kering. Lebih menarik lagi, kami tidak perlu lagi kisar dan tumis bahan-bahan tersebut.

Demonstrasi video: 1 paket kuey teow 1 sudu ibu sambal 

Tenyata ianya merupakan satu fenomena baru dalam dunia masakan bagi mereka yang kesuntukan masa. Malah ibu sambal ini boleh dijadikan bahan masakan untuk mereka yang berhajat untuk berniaga Kuey Teow Kerang bagi mencari pendapatan sampingan.

Apa tidaknya, 10 paket kuey teow (4.5 kg) baru RM10, 2 paket isi kerang RM15, daun kucai RM4, sayur toge RM4 dan 1 botol ibu sambal RM16. Kesemuanya berjumlah RM49.

Satu paket kuey teow boleh menghasilkan 5 pinggang Kuey Teow Kerang yang boleh dijual dengan harga RM5 sepinggang. Kalau 10 paket bermakna 50 pinggang, didarab dengan RM5 bersamaan dengan RM250 hasil jualan. Jikalau di tolak dengan kos bahan mentah RM49, masih ada untung kasar RM201.

Wah!!! Lumayan juga pendapatannya, bagi mereka yang tercari-cari perniagaan ringkas, mudah dan menguntungkan, inilah peluangnya. Hanya perlu cari lokasi yang strategik, mulakan secara kecil-kecilan. Insha Allah… Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. – D’APBROZE

Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang
Kongsikan...
Scroll To Top