TIP MASAK IKAN BAKAR SEDAP SEPERTI RESTORAN IKAN BAKAR…

Kongsikan...
Ikan Siakap Bakar

Ikan bakar sedap! Sanggup memandu lebih 100 kilometer semata-mata untuk menikmatinya. Satu kegilaan, sebut sahaja di mana ada medan ikan bakar sedap, mereka akan pergi.

“Alahhh bukannya jauh sangat. 40 minit dah boleh sampai. Sekarang semua jalan highway”, katanya seorang netizen yang juga peminat ikan bakar.

Antara lokasi-lokasi menarik menyediakan ikan bakar sebagai menu utama ialah di Tanjung Lumpur, Kuantan, Umbai, Melaka, Bukit Malut, Langkawi, Seribong, Johor, Tawang, Kelantan, Pelabuhan Klang, Selangor, Bangi, Selangor, Jeram, Selangor dan lain-lain lagi.

Kenapa masyarakat kita gemarkan ikan bakar? Adakah rasanya? Sambalnya? Ikannya? Jawapannya adalah subjektif dan terpulang kepada setiap individu untuk menjawabnya.

Kajian menunjukkan ramai lelaki berumur 20 hingga 65 tahun mengalami masalah kolestrol tinggi yang merupakan punca utama kepada masalah sakit jantung.

Ikan Dibelah Dua

Gaya pemakanan yang tidak betul adalah penyumbang utama kepada masalah ini. Sekiranya kolestrol dalam badan sebanyak 240mg/dl, anda memang berisiko tinggi.

Oleh itu ikan merupakan makanan pilihan kerana ianya kaya dengan protein, omega-3, asam lemak, vitamin (B2 dan D), fosfos, kalsium, mineral dan simpanan minyak ikan yang amat tinggi bagi mengekalkan tubuh yang sihat.

Antara masakan yang senang, mudah dan sedap ialah ikan bakar. Masak ikan bakar ini ada pelbagai cara, antaranya ikan bakar biasa, ikan bakar berempah atau bersambal, ikan bakar kunyit dan lain-lain lagi.

Ikan bakar adalah satu menu yang paling popular di kalangan masyarakat Malaysia sejak zaman berzaman lagi. Ia sesuai dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja. 

Justeru itu, restoran atau gerai menjual ikan bakar tumbuh bagai cendawan di seluruh negara. Malah ianya mendapat sambutan semua lapisan masyarakat termasuk pelancong-pelancong asing.

Ikan Dilumur Ibu Sambal

Menariknya kesemua restoran-restoran ikan bakar tersebut pasti meyediakan satu menu ikan bakar istimewa iaitu ikan bakar masak sambal.

Ikan bakar sambal ini boleh dimasak menggunakan pelbagai jenis ikan, antara ikan yang biasa diguna ialah ikan siakap, pari, jenahak, kembong, sebelah, merah, patin dan tilapia.

Kami ingin berkongsi dengan anda cara masak ikan bakar sambal paling sedap, paling murah dan paling ringkas.

Menariknya kos untuk membuat ikan bakar ini cuma hanya Rm15 sahaja. Kami menggunakan ikan siakap seberat 1 kg berharga Rm13.

Rasanya tidak perlulah kami beritahu berapa harga ikan siakap bakar seberat ini kalau berkunjung ke restoran-restoran ikan bakar. Bagi anda yang selalu berkunjung sudah pasti tahu harganya.

Ikan Siakap Siap Dilumur Ibu Sambal

Ikan siakap yang telah dibelah dua seperti bentuk rama-rama diletakkan di atas daun pisang. Kemudian kami lumurkan 2 sudu ibu sambal sehingga rata pada semua bahagian.

Selepas itu kami tabur hirisan halia dan 2 batang serai yang telah diketuk dan tutup bahagian atas sekali lagi dengan daun pisang.

Sekarang ikan bakar bersambal atau ikan bakar berempah telah sedia untuk dipanggang di atas kuali selama kira-kira 15 minit.

Bagi memastikan ikan bakar tersebut masak serata kami tutup kuali tersebut dengan penutup agar haba panas terperangkap di dalamnya.

Apabila penutup dibuka selepas 15 minit, bau sambal yang harum semerbak menusuk ke dalam hidung.

Ikan Siakap Sedia Untuk Dibakar

Kombinasi sambal dan aroma daun pisang yang wangi menyebabkan tiba-tiba perut terasa lapar apabila melihat warna ikan bakar yang begitu mengiurkan.

Selamat mencuba resipi ikan bakar ringkas dan mudah, pastinya anda seisi keluarga tidak akan berkunjung ke mana-mana restoran ikan bakar lagi selepas ini. – D’APBROZE

Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang

 

Kongsikan...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top