Kami adalah usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) di bawah bimbingan MARDI, FAMA dan FELCRA.
Setahun enam bulan sebelum dipasarkan beberapa sampel sambal tumis telah dihantar ke makmal MARDI untuk diuji ketahanannya bermula November 2015.
Selepas selesai ujian kami dibimbing dengan kaedah pembungkusan oleh agensi berkenaan.
Beberapa botol sampel sambal tumis pertama telah disimpan pada suhu bilik selama tempoh 18 bulan.
Setiap tiga (3) bulan satu (1) botol sampel dibuka dengan memasak menggunakannya bagi memastikan keaslian rasa sambal berkenaan tidak terjejas.
Akhirnya setelah botol terakhir dibuka pada Februari 2017, barulah kami berpuas hati dan sekali lagi sambal tumis ini menjalani ujian nutrisi di makmal MARDI sebelum dipasarkan dengan nama IBU SAMBAL D’APBROZE pada April, 2017.
Ketika berada di pasaran, kami banyak mengikuti kursus-kursus pemasaran agro makanan anjuran Bahagian Pendidikan Pemasaran FAMA sehingga ke hari ini.
Pada 22 November 2018, sambal tumis keluaran kami telah dianugerahkan Sijil Penarafan Produk Industri Asas Tani (IAT), Tier (Tahap) 2 iaitu untuk pasaran tempatan dengan memenuhi kriteria 60 hingga 80 peratus melepasi pasaran eksport.
Selain itu, kami turut menyertai karnival jualan yang berprestij dalam negara seperti Ekspo dan Persidangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang 2018, HALFEST 2018, MAHA 2018, Karnival Usahawan Desa (KUD) Zon Timur 2019 dan Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya 2019.