10 TIP HILANGKAN TANGAN PANAS PIJAR AKIBAT CILI PADI

Kongsikan...

CILI PADI

Cili Padi
Cili Padi

Membuang tangkai cili padi menggunakan tangan sudah menjadi rutin kebiasaan kaum ibu pada suatu masa dulu. Tangan tersebut turut menghayung batu lesong atau memusing batu pengisar yang agak berat untuk melumatkan cili-cili tersebut sebagai bahan masakan.

Malah tangan itu jugalah yang turut membesarkan anak-anak dan mungkin salah seorangnya adalah kita.

Sekarang semua nak cepat, masak pun nak cepat… Begitulah senario hari ini, apabila orang perempuan mula sibuk dengan tugasan harian, ada yg makan gaji, berniaga, berpersatuan, berpolitik dan lain-lain lagi.

Kerja-kerja mengasingkan tangkai cili padi tersebut sudah jarang dilakukan oleh generasi sekarang kerana ramai antara kita yang lebih suka makan di luar berbanding memasak di rumah.

Kalau masih ada pun hanya cuma segelintir yang masih berbuat demikian. Itupun ramai yang bersungut.

 “Ah memotong cili padi atau cili kering, blend tu nak kena curik masa, sebab jagakan si kecik ni. Kalau buat nye dia poo poo ke, alamak pijau la montot dia…”

“Aku paling tak suka potong cili. Tak kira la cili kering ke cili padi ke. Tangan jenis cepat pijar”.

“Saya sejak ada anak kecik ni pakai cili boh saja..tak ada masa nak potong…blend cili…cepat pun cepat…masak jadi…hahaha…orang pemalas gini laaa…disebabkan dah ada anak sorang dan mengandung pulak ni…cili padi tak main la…badan memang tak larat…so pilihan yang ada cuma cili boh sajer…rasa memang kurang sikit la..”

“Kalau baru nak potong, rebus, blend, kadang lambat jadinya…kena standby jalan shortcut bila time terdesak…hehe..” 

“Bila ada baby ni saya tak suka sangat nak pegang cili padi…sebab takut terkena panas…ke apa…risau sangat kena kat baby…”

Cili Padi
Cili Kering

Itulah antara rungutan apabila bercakap bab cili ini, masing-masing ada alasan sendiri. 

Menurut kajian sains rasa panas atau pijar akibat cili adalah disebabkan bahan kimia semulajadi yang terdapat dalam cili iaitu capsaicin.

Semakin tinggi kandungan capsaicin dalam cili, maka semakin pedaslah cili tersebut samada cili padi atau sebarang jenis cili.

Sebenarnya ada beberapa panduan untuk mengatasi masalah yang banyak diperkatakan itu, bukannya payah sangat kalau kena caranya.

Mari kita tengok cara untuk menghilangkan tangan panas atau pijar apabila menyiang cili padi atau cili kering. Ianya adalah amalan yang dilakukan sejak zaman dahulu lagi.

CILI PADI DAN TIP HILANGKAN PANAS

GARAM/GULA
Ambil sedikit garam atau gula, kemudian lumurkannya pada seluruh tangan. Biarkan selama lima (5) minit, kemudian bilas dengan air paip. Selain itu juga garam atau gula boleh juga dimasukkan ke dalam bekas mengandungi air suam. Kemudian rendam kedua-dua belah tangan sehingga rasa panas dan pijar akibat cili padi itu hilang.

BERAS 
Satu lagi petua ialah memasukkan tangan yang telah dibersih ke dalam tong beras. Biarkan tangan tenggelam di dalam beras sehingga rasa panas tangan akibat cili padi tersebut berasa lega. Untuk pengetahuan suhu beras di dalam tong ini agak panas sehingga habanya meresap ke tangan. Orang zaman dulu kalau nak peram buah agar cepat masak, mereka akan masukan dalam tong beras.

MINYAK MASAK 
Lumurkan sedikit minyak masak dan gosokan pada bahagian tangan sehingga rasa panas cili padi itu hilang. Petua ini selalu diamalkan oleh orang-orang zaman dahulu.

HAMPAS KELAPA
Ramas tangan dalam hampas kelapa sehingga rasa panas atau pijar  itu hilang.

ASAM JAWA
Rendam tangan dalam bekas berisi air asam jawa sehingga rasa panas atau pijar cili padi itu hilang.

SUSU PEKAT MANIS
Masukkan sedikit susu pekat manis ke dalam bekas, kemudian lumur pada tangan yang panas atau pijar itu sehingga ianya beransur pulih. Susu yang sejuk dari peti ais lagi elok.

HABA PANAS
Hala tangan ke api dapur yang sedang menyala, biarkan haba panas itu meresap. Kemudian bersihkan tangan tersebut dengan air paip yang mengalir.

LOGAM
Tangan yang panas atau pijar boleh juga digosokkan pada permukaan logam seperti besi sinki atau sudu. Selepas beberapa minit alirkan air ke atas tangan. Lakukan beberapa kali sehingga rasa panas atau pijar hilang.

AIS
Masukkan ketulan ais kedalam bekas berisi air, kemudian rendam tangan beberapa kali sehingga rasa panas atau pijar cili padi hilang.

SARUNG TANGAN
Tip yang terakhir sekali ialah menggunakan sarung tangan semasa mengasingkan tangkai cili. Apa-apa jenis sarung tangan pun boleh samada kain, getah atau plastik. 

Semoga panduan dan petua yag diberikan di atas berguna untuk anda kaum ibu yang selalu menyiang cili padi dan juga sebarag jenis cili.

Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang
Kongsikan...
Scroll To Top