Masakan Ayam…8 Menu Paling Simple…

Kongsikan...
87 / 100

Masakan Ayam

Masakan ayam atau resepi ayam sememangnya antara kepelbagaian menu kegemaran seluruh rakyat Malaysia tidak mengira peringkat umur walau di mana jua berada.

Malah ada sesetengah resepi masakan ini telah diwarisi sejak turun temurun lagi di kalangan masyarakat Melayu.

Tidak sah hidangan sekiranya tiada dimasukkan menu masakan ayam pada majlis kenduri perkahwinan atau sebagainya.

Oleh itu kami kongsikan beberapa resepi ayam kegemaran masyarakat zaman dahulu yang sememangya sedap dan lazat.

Antara masakan ayam simple yang dapat dikongsikan ialah kari ayam, gulai sumatera ayam kampung, rendang ayam, ayam masak merah, ayam panggang butter, ayam masak kicap dan ayam korea.

Resepi Masakan Ayam – Kari Ayam

Masakan Ayam

Masakan ayam berkuah ini memang menjadi kegemaran masyarakt Melayu sejak zaman berzaman lagi.

Bahan-bahannya:

1. 1 ekor ayam saiz sederhana
2. 2 sudu besar ibu sambal
3. 4 ulas bunga cengkih
4. 2 keping kulit kayu manis
5. 3 biji buah pelaga hindi
6. Sedikit hirisan halia
7. Rempah kari
8. Santan kelapa ikut cita rasa

Cara masaknya:

Tumis bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga hindi dan hirisan halia terlebih dahulu.

Masukkan 2 sudu besar ibu sambal, diikuti dengan serbuk kari dan tambah sedikit air.

Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong, bila sudah separuh masak barulah dimasukkan santan.

Kacau sehingga mendidih. Garam dan gula secukup rasa. Masakan ayam paling popular ini sudah sedia untuk dihidangkan.


Resepi Masakan Ayam – Gulai Sumatera Ayam Kampung

Masakan Ayam

Ini merupakan salah satu lagi masakan ayam berkuah yang jarang dijual di restoran, kalau ada pun mungkin di kedai masakan padang atau minang.

Gulai Sumatera ini juga dipanggil gulai darat atau gulai kampung kerana bahan-bahan memasaknya terdiri daripada bahan semulajadi yang tidak diproses.

Bahan-bahannya:

1. 1 ekor ayam kampungsaiz sederhana
2. 3 sudu besar ibu sambal
3. Sedikit hirisan bawang putih
4. Sedikit jintanputih
5. Sedikit jintan manis
6. Sedikit serbuk kunyit
7. 2 batang serai
8. Sedikit hirisan halia
9. Sedikit lengkuas
10. Santan kelapa ikut cita rasa

Cara masaknya:

Tumis bawang putih, masukkan hirisan halia, lengkuas, serai, jintan putih dan jintan manis.

Kemudian masukkan 3 sudu ibu sambal diikuti dengan ayam dan serbuk kunyit.

Kacau hingga sebati, masukkan santan dan tambah air. Biarkan ianya mendidih sehingga ayam tersebut empuk.

Kemudian tambah garam & gula secukup rasa. Gulai Sumatera ayam kampung sudah siap untuk dihidangkan, nikmati rasanya yang lain daripada yang lain.


Resepi Masakan Ayam – Rendang Ayam

Masakan Ayam

Sesetengah berpendapat masak rendang memang susah dan memakan masa lama, hanya golongan lama sahaja yang tahu memasak masakan ayam tradisional ini.

Pendapat itu, agak kurang tepat kerana memasak rendang ayam ini tidaklah sepayah yang disangka.

Kami hanya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyiapkan masakan ayam yang paling diminati ini terutama pada musim perayaan.

Bahan-bahan:

1. 1 ekor ayam 2kg
2. Halia
3. Lengkuas
4. Serai
5. Kerisik
6. Santan
7. Daun limau purut
8. Daun kunyit
9. Ibu sambal.

Cara memasak:

Panaskan 5 sudu ibu sambal, kemudian masukkan hirisan halia, lengkuas & kerisik diikuti sedikit air.

Kacau hingga sebati, kemudian masukkan 1 ekor ayam yang sudah dipotong. Selepas itu masukkan daun limau purut, serai, santan dan daun kuncit.

Biarkan ianya mendidih sehingga hampir kering. Garam dan gula dimasukkan secukup rasa.

 

Resepi Masakan Ayam – Masak Lemak Ayam Kampung Salai

Masakan Ayam

Ayam kampung salai masak lemak cili api sudah tidak asing lagi bagi masyarakat di selatan Semenanjung Malaysia. Masakan ayam sebegini juga agak popular di sesetengah tempat sekitar negeri Perak.

Bahan-bahannya:

1. 1 ekor ayam kampung salai
2. Sedikit kunyit hidup
3. Sedikit halia
4. Cili padi ikut cita rasa
5. 1 helai daun kunyit
6. 2 batang serai
7. Santan ikut cita rasa
8. 3 sudu ibu sambal

Cara Masak:

Panaskan ibu sambal, masukkan sedikit kunyit hidup, halia, serai dan santan. Kemudian masukkan isi ayam, kacau hingga sebati.

Tuangkan sedikit air, kemudian masukkan cili padi, dikuti daun kunyit. Kacau dan biarkan ia mendidih beberapa minit.

Gula dan garam dimasukkan secukup rasa, masakan ayam tradisional ini sudah sedia menjadi hidangan.


Resepi Masakan Ayam – Ayam Masak Merah

Masakan Ayam

Ayam masak merah merupakan masakan ayam yang menjadi menu utama pada majlis-majlis kenduri perkahwinan.

Hidangan tidak lengkap tanpa menu masakan ayam ini, di sesetangah tempat menu dalca daging menjadi pelengkap kepada masakan ayam masak merah ini.

Bahan-bahannya:

1. 1 ekor ayam saiz sederhana dipotong 4 bahagian
2. 1 labu hirisan bawang holland
3. 4 sudu besar ibu sambal
4. Garam dan gula secukup rasa

Ayam Masak Merah

Cara masak:

Satu ekor ayam saiz sederhana dipotong 4 bahagian, dilumur garam kunyit, kemudian digoreng sederhana garing.

Selepas itu satu labu hirisan bawang holland ditumis, kemudian 4 sudu besar ibu sambal dimasukkan. Sedikit air, garam dan gula ditambah, dikacau sehingga sebati.

Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi, masakan ayam masak merah telah tersedia untuk dihidangkan.

Resepi Masakan Ayam – Ayam Panggang Butter

Masakan Ayam

Kepak ayam panggang sudah tinggal separuh, pizza masih belum bersentuh. Itulah pemandangan biasa dilihat apabila anak-anak menikmati masakan ayam ketika berkunjung ke restoran pizza  .

Melihat kanak-kanak menikmati kepak ayam panggang dan ada kalanya berebut sungguh mengasyikkan.

Tidak ramai antara kita yang tahu kepak ayam panggang itu dimasak menggunakan mentega/butter, madu dan sedikit bahan perapan.

Bahan-bahannya,

1. 1 kg. kepak ayam
2. 80 gm butter
3. 2 sudu besar madu
4. 1 setengah sudu besar ibu sambal
5. Garam secukup rasa.

Cara Masak,

Panaskan butter, kemudian masukkan madu dan kacau sehingga sebati. Masukkan garam dan ibu sambal, kacau biar sebati. Masukkan kepak ayam kemudian padamkan api dapur.

Akhir sekali panggang kepak yang telah digaul dengan butter tadi selama 15 minit.


Masakan ayam panggang ala restoran pizza ini sudah sedia jadi hidangan anak-anak. Pasti rasanya sedap dan menjilat jari, cubalah…



Resepi Masakan Ayam –
Ayam Masak Kicap Sambal

Masakan Ayam

Sebut saja ayam masak kicap atau ayam kicap, pasti anak-anak gembira mendengarnya. Apa tidaknya, masakan ayam sebegini memang makanan kegemaran kanak-kanak.

Malah ada sesetengah daripada mereka cukup sekadar goreng ayam, kemudian cucur kicap di atasnya, dah memadai.

Memang berseleralah anak-anak makan nasi, emak-emak pun gembira melihat telatah anak-anak mereka makan.

Sebenarnya menyediakan masakan ayam kicap ini bukan semudah itu, perlu kreatif dalam menambah bahan-bahan lain agar anak-anak tidak mudah jemu.

Sebut saja nak masak ayam kicap, pasti keluar daripada mulut mereka perkataan “Hoooorayyyy”. 

Bahan-bahan:

1. 1 ekor ayam yang telah digoreng
2. 1 ulas bawang putih yang dimayang
3. 1 labu bawang besar yang dipotong
4. Sedikit halia
5. 5 biji cili api
6. 1 biji tomato dihiris nipis
7. Sedikit kicap
8. 2 sudu besar ibu sambal

Cara Masak:

Tumis bawang putih, masukkan bawang besar dikuti halia. Tambah sedikit kicap dan masukkan sedikit air.

Kemudian masukkan ibu sambal, kacau sehingga sebati. Masukkan ayam, dikuti tomatao dan cili api.

Biarkan ianya mendidih beberapa minit sebelum diangkat, masakan ayam kicap sambal sudah menjadi sajian istimewa anak-anak.



Resepi Masakan Ayam – Ayam Goreng Korea

Masakan Ayam

Ayam Korea atau masakan ayam goreng Korea ini memangnya menjadi trend dan viral di kalangan netizen.

Rasanya yang manis dan pedas ini menepati cita rasa orang-orang kita, tambah pula ayam Korea ini sesuai diratah begitu saja.

Kali ini kami kongsikan menu masakan ayam Korea menggunakan peha/drumstick dan atas peha/tight menggunakan ibu sambal menggantikan sos pedas ghocujang.

Bahan-bahannya;

1. 1 kg peha ayam digoreng dengan tepung
2. Sedikit bawang putih dipotong halus
3. Sedikit cili api
4. 2 sudu ibu sambal
5. Sedikit sos cili
6. Sedikit sos tiram
7. 2 sudu madu lebah
8. Serbuk lada hitam
9. Garam dan gula secukup rasa.

Cara Masaknya:

Tumis bawang putih dan cili api, kemudian masukan 1 sudu besar ibu sambal, cili sos, madu, daun kari (pilihan), kicap, gula dan sedikit garam.

Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng dengan tepung, kacau hingga sebati. Kemudian angkat dan taburkan sedikit bijan (pilihan), masakan ayam viral ini sudah sedia untuk dijamah.



Selamat mencuba menu masakan ayam simple dibawa khas daripada Ibu Sambal D’Apbroze.  

Ketahui resepi masakan ayam simple dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang

Kongsikan...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top