SANGGUP MEMANDU 100 KM DEMI IKAN BAKAR SEDAP…

Kongsikan...

IKAN BAKAR 

Ikan Bakar
Ikan Siakap Bakar

Ikan bakar sedap! Sanggup memandu lebih 100 kilometer semata-mata untuk menikmatinya. Satu kegilaan, sebut sahaja di mana ada medan ikan bakar sedap, mereka akan pergi.

“Alahhh bukannya jauh sangat sambil lepak dengan kawan-kawan. Dok rumah pun tak ada benda nak buat. 40 minit dah boleh sampai. Sekarang semua jalan highway. “, katanya seorang netizen.

Antara lokasi-lokasi menarik menyediakan ikan bakar sebagai menu utama ialah di Tanjung Lumpur, Kuantan, Umbai, Melaka, Bukit Malut, Langkawi, Seribong, Johor, Tawang, Kelantan, Pelabuhan Klang, Selangor, Bangi, Selangor, Jeram, Selangor dan lain-lain lagi.

Setiap hujung minggu terutamanya pada waktu malam boleh dikatakan kawasan-kawasan yang tersebut di atas akan dibanjiri dengan pengunjung sehinggakan ada sesetengah kedai pengunjungya terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan meja. 

Kebanyakan pengunjung adalah terdiri mereka yang sudah berkeluarga dan ada juga segelintir anak-anak muda bermotosikal.

Kenapa masyarakat kita gemarkan ikan bakar? Adakah rasanya? Sambalnya? Ikannya? Jawapannya adalah subjektif dan terpulang kepada setiap individu untuk menjawabnya.

Kajian menunjukkan ramai lelaki berumur bawah 50 tahun mengalami masalah kolestrol tinggi yang merupakan punca utama kepada masalah sakit jantung.

Ikan Bakar
Ikan Dibelah Dua

Gaya pemakanan yang tidak betul adalah penyumbang utama kepada masalah ini. Sekiranya kolestrol dalam badan sebanyak 240mg/dl, anda memang berisiko tinggi.

Oleh itu ikan merupakan makanan pilihan kerana ianya kaya dengan protein, omega-3, asam lemak, vitamin (B2 dan D), fosfos, kalsium, mineral dan simpanan minyak ikan yang amat tinggi bagi mengekalkan tubuh yang sihat.

Antara masakan yang senang, mudah dan sedap ialah ikan bakar. Masak ikan bakar ini ada pelbagai cara, antaranya bakar biasa, bakar berempah atau bersambal, bakar kunyit dan lain-lain lagi.

Ianya merupakan menu yang paling popular di kalangan masyarakat Malaysia sejak zaman berzaman lagi. Sesuai dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja. 

Justeru itu, restoran atau gerai menjual ikan bakar tumbuh bagai cendawan di seluruh negara. Malah ianya mendapat sambutan semua lapisan masyarakat termasuk pelancong-pelancong asing.

IKan Bakar
Ikan Dilumur Ibu Sambal

Menariknya kesemua restoran-restoran tersebut pasti meyediakan satu menu istimewa iaitu ikan bakar masak sambal.

Ikan bakar sambal ini boleh dimasak menggunakan pelbagai jenis ikan, antara ikan yang biasa diguna ialah ikan siakap, pari, jenahak, kembong, sebelah, merah, patin dan tilapia.

RESEPI IKAN BAKAR SEDAP

Kami ingin berkongsi dengan anda cara masak ikan bakar sambal kegemaran ramai paling sedap, paling murah dan paling ringkas.

Menariknya kos untuk membuatnya hanya Rm15 sahaja. Kami menggunakan ikan siakap seberat 1 kg berharga Rm13.

Rasanya tidak perlulah kami beritahu berapa harga ikan siakap seberat ini yang telah siap dibakar kalau berkunjung ke restoran-restoran ikan bakar. Bagi anda yang selalu berkunjung sudah pasti tahu harganya.

Ikan Bakar
Ikan Siakap Siap Dilumur Ibu Sambal

Ikan siakap yang telah dibelah dua seperti bentuk rama-rama diletakkan di atas daun pisang. Kemudian kami lumurkan 2 sudu ibu sambal sehingga rata pada semua bahagian.

Selepas itu kami tabur hirisan halia dan 2 batang serai yang telah diketuk dan tutup bahagian atas sekali lagi dengan daun pisang.

Sekarang ikan bakar bersambal atau berempah telah sedia untuk dipanggang di atas kuali selama kira-kira 15 minit.

Bagi memastikan ikan tersebut masak serata kami tutup kuali tersebut dengan penutup agar haba panas terperangkap di dalamnya.

Apabila penutup dibuka selepas 15 minit, bau sambal yang harum semerbak menusuk ke dalam hidung.

Ikan Bakar
Ikan Siakap Sedia Untuk Dibakar

Kombinasi sambal dan aroma daun pisang yang wangi menyebabkan tiba-tiba perut terasa lapar apabila melihat warnanya yang begitu mengiurkan.

Selamat mencuba resipi ikan bakar ringkas dan mudah, pastinya anda seisi keluarga tidak akan berkunjung ke mana-mana restoran ikan bakar lagi selepas ini. – D’APBROZE


Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang

 

Kongsikan...

DALCA DAGING, HANYA 1 CARA MASAK PALING MUDAH…

Kongsikan...

DALCA DAGING

Dalca Daging
Dalca Daging

Sebut saja dalca daging pasti terbayang ayam masak merah, daging kurma besar seketul dan acar timun.

Dalca adalah sejenis gulai yang berwarna keemasan dan kemerahan hasil daripada pelbagai rempah-ratus yang dimasukkan ke dalamnya ketika memasak.

Kebiasaannya ia dihidangkan pada majlis kenduri di kampung-kampung dengan kapasiti untuk enam orang semeja.

Sekiranya tetamu yang hadir belum mencukupi bilangan untuk sesebuah meja, selagi itulah hidangan tidak akan diangkat.

Sambil menunggu meja dipenuhkan, tetamu berkenaan akan berbual-bual dengan tetamu lain yang hadir. Secara tidak langsung tali silaturahim bertambah akrab dan kemesraan di antara mereka makin bertambah.  

Itulah budaya masyarakat Melayu pada masa dahulu, hendak makan pun kena tunggu ahli korum cukup.

Budaya sebegini mengajar masyarakatnya bersabar dan hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mementingkan diri sendiri.

Senario begini sudah kurang kelihatan kerana ‘trend’ masa kini yang lebih mengutamakan hidangan ala buffet walaupun menu dalca daging masih ada.

Kalau masih kelihatan pun, mungkin di kampung-kampung yang masih mengamalkan konsep gotong-royong dalam menyediakan makanan untuk majlis-majlis kenduri.

Dalca Daging
Dalca Daging

Lebih 70 peratus gulai dalca daging ini menggunakan pelbagai jenis sayur-sayuran seperti terung, kacang panjang dan sayur jagung. Ada juga di sesetengah tempat menggunakan umbuk kelapa dan buah ara sebagai sayurnya.

Oleh itu, di sesetengah tempat ada juga yang memanggilnya dalca sayur kerana jumlah sayur yang digunakan adalah lebih banyak berbanding dengan daging atau lauk.

Manakala kandungan daging pula hanya lebih kurang 30 peratus sahaja. Kebiasaannya daging yang digunakan ialah daging cincang iaitu lebihan daripada daging elok yang digunakan untuk masakan lain.

Menariknya gulai dalca daging ini akan sentiasa dibimbit dalam baldi plastik kecil oleh ‘jong kako’ atau pelayan yang sentiasa mundar-mandir dari meja ke meja untuk menambah dalca tersebut apabila melihat dalca dalam pinggang mula berkurangan.

Sebab itulah, pelayan akan sentiasa membawanya dalam baldi plastik kecil sebagai hidangan tambahan.

Walaupun dalca ini menggunakan lebihan daging elok, namun rasanya memang sedap. Tengok warnanya pun sudah mengiur dan menyelerakan.

Malah ada sesetengah tetamu yang hadir memintanya diisi dalam plastik untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Itulah kelebihan gulai dalca daging kampung.

Dalca Daging
Dalca Daging


CARA MUDAH MASAK DALCA DAGING

Bahan asas untuk membuat dalca ini sebenarnya ialah ibu sambal, tanpanya warna agak pudar dan kurang kemerahannya.

Tambah pula bila menggunakan ibu sambal dalca daging ini akan bertambah enak dan sebati bersama rasa rempah-ratus yang lain.

Selain itu, ibu sambal ini boleh dikatakan sebagai bahan penyedap dalam masakan dalca kerana rasanya yang pedas, masam, masin dan manis.

Pendek kata dengan menggunakan ibu sambal dalca yang dimasak sudah secukup  rasa tanpa perlu menambah serbuk perasa lain seperti ajinomoto dan sebagainya.

Di samping itu, ianya juga mengeluarkan aroma wangi yang menusuk ke hidung apabila setiap kali tukang masak mengacaunya. 

Kebanyakan masyarakat hari ini beranggapan dalca ini sukar untuk dimasak kerana bahan-bahannya yang remeh.

Sudah sinonim di fikiran masing-masing hanya generasi lama saja yang tahu memasak dalca daging ini

Sebenarnya memasaknya cukup mudah dan senang, tidak seperti apa yang digambarkan. Mari tengok cara penyediaannya:

Dalca Daging
Dalca Daging

Bahan-bahanya;
Sedikit bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hindi, hirisan halia, 3 biji terung, kacang panjang, sayur jagung, 1 biji tomato, 2 cili hijau, 500 gm daging lembu cincang, 1 paket rempah dalca, santan dan 3 sudu ibu sambal.

Cara membuatnya;
Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hindi. Kemudian masukkan daging dan ibu sambal, kemudian kacau hingga sebati.

Masukkan rempah dalca, kemudian kacau dan tambah sedikit air. Masukkan halia, santan dan kacau sehingga mendidih.

Kemudian masukkan sayur (terung, sayur jagung, kacang panjang, tomato dan cili hijau). Garam dan gula secukup rasa.

Dalca Daging
Dalca Daging

Sungguh mudah, rujuk video untuk melihat cara dalca daging ringkas dimasak. Selamat mencuba menu masakan tradisional Melayu yang sedap dan lazat – D’APBROZE


Ketahui rahsia memasak dalca daging paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang

 

Kongsikan...

RESEPI AYAM KOREA ALA RESTORAN KOREA

Kongsikan...

AYAM KOREA

Ayam Korea
Ayam Goreng Korea

Ayam Korea adalah satu menu yang popular di kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Rasanya yang masam, manis, ranggup dan pedas sememangnya sesuai dengan cita rasa orang kita.

Sebenarnya gelombang Korea Selatan ini mula meresap di jiwa orang-orang kita pada 2002 apabila stesen televisyen tempatan menyiarkan drama bersiri Winter Sonata.

Tidak cukup dengan itu budaya musik pop Korea iaitu K-Pop pula dibawa masuk, menjadi ikutan anak-anak muda kita pada hari ini.

Malah ramai antara kita beranggapan apa jua yang datang daripada Korea Selatan itu selari dengan peredaran zaman.

Justeru itu perkataan Korea meniti di bibir masyarakat kita. Satu kegilaan!!! Bila tanya makan mana? Menu apa? Melancong ke mana? Fesyen? Semuanya sebut Korea.

Ayam Korea
Ayam Goreng Korea

Nak masak apa? Jawapannya juga Ayam Korea. Tak apa laaaa. Mari kita tengok kelebihan Ayam Korea yang pastinya pedas berapi.

Ianya sesuai dimakan bersama nasi ataupun dimakan begitu saja. Saiznya yang kecil, ranggup bersalut tepung dan bersos menjadikan Ayam Korea ini sesuai dimakan sambil menonton televisyen bersama keluarga terutama pada hujung minggu.

Ayam Korea ini disebut ‘Dak Ganjeong’ dalam Bahasa Korea Selatan, ayam yang dipotong halus digoreng dengan tepung dan disaluti dengan sos pedas dan manis.

‘Dak’ bermaksud ayam manakala ‘Gangjeong’ adalah sos pedas manis yang melekat pada ayam,

Campuran madu lebah yang merupakan salah satu bahan untuk membuat sos tersebut menyebabkan warnanya berkilat dan mengiurkan mata memandang.

Itulah kelebihan Ayam Korea sehingga restoran-restoran yang menyajikan masakan Korea tumbuh bagai cendawan di Malaysia.

Ayam Korea

Sampai ada yang berkata, “lidah ni sekarang selalu rasa nak jamah makanan Korea je. Memang suka sangat tengok masakan Korea sampai rasa nak cuba semua”.

Begitulah gelagak orang kita apabila pengaruh Korea mula sebati dan konon-kononnya ikut ‘trend’ masa kini serta peka dengan perubahan.

Tahu tak anda, bahan asas masak Ayam Goreng Korea ini juga daripada ‘Ibu Sambal D’Apbroze’ bagi menggantikan sos pedas Korea Ghocujang.

Siapa sangka yaaaa, ibu sambal ni boleh masak pelbagai masakan. Dari pelbagai menu masakan Melayu sehinggalah menu daripada luar negara. Kami juga memasukkan sedikit daun kari bagi menambah keharuman baunya.

RESEPI AYAM KOREA

Mari tengok cara buatnya; tumis bawang putih dan cili api, kemudian masukan 1 sudu besar ibu sambal, cili sos, madu, daun kari (pilihan), kicap, gula dan sedikit garam.

Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng dengan tepung, kacau hingga sebati. Kemudian angkat dan taburkan sedikit bijan (pilihan). Sekarang ayam goreng Korea telah sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba ayam goreng Korea, pasti sedap sehingga menjilat jari  sampai terbayang berada di negara Korea Selatan.

Ayam Korea
Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang
Kongsikan...
Scroll To Top