MASAKAN MELAYU…5 RESEPI PALING SENANG…

Kongsikan...
86 / 100

MASAKAN MELAYU

Masakan Melayu

Masakan Melayu kebiasaannya banyak menggunakan rempah-ratus, tetapi sedikit berbeza dengan masakan India.

Perbezaan ketara ialah santan digunakan dalam Masakan Melayu, bertujuan untuk melemakkan dan memekatkan lagi makanan yang dihasilkan.

Walaupun rasanya sedikit pedas, tetapi kepedasannya tidak sama dengan makanan daripada Timur Tengah atau India.

Bahan utama dalam menyediakan Masakan Melayu ialah bawang merah, bawang putih, cili segar dan juga cili kering.

Bahan-bahan ini dikisar dan ditumis bagi menghasilkan sambal tumis atau ibu sambal yang kemudian dicampur dengan rempah-ratus lain ketika proses memasak pelbagai variasi masakan.

Pendek kata setiap rumah pada suatu masa dahulu memang sudah tersedia sambal di dapur untuk kegunaan harian.

Kebiasaanya sambal dibuat untuk kegunaan seminggu kerana bimbang akan cepat rosak, maklumlah pada masa itu peti sejuk masih belum ada.

Itulah asas kepada Masakan Melayu, dengan menggunakan sambal pelbagai makanan dapat dihasilkan. Antaranya rendang, gulai, masakan bergoreng, masak sambal, kuah laksa, asam pedas dan lain-lain lagi.

MASAKAN MELAYU PALING SENANG

1. Asam Pedas

Masakan Melayu
Asam Pedas

Asam pedas adalah salah satu Masakan Melayu yang popular di kalangan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Rasanya yang pedas dan masam menjadikan ianya enak dimakan bersama nasi panas.

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum, bahan asas kepada Masakan Melayu ialah cili, bawang merah dan bawang putih, asam pedas juga menggunakan bahan-bahan tersebut.

Teringat pengalaman pertama memasaknya lebih 15 tahun dahulu. Dinding dapur habis terpercik dengan sambal yang sedang mendidih ketika memasak sambal untuk masak asam pedas.

Gara-gara ingin mencuba masak sendiri asam pedas, dapur pun turut terkena percikan sambal yang dimasak selama kira-kira 2 jam sebelum ikan dimasukkan.

Pendek kata pada masa itu, kalau nak cepat tak usahlah berangan nak makan asam pedas buatan sendiri. Apa taknya, kalau 2 jam menunggu belum tentu tekak dapat merasanya.

Mari kita tengok cara paling mudah masak asam pedas, siapa kata ianya payah untuk dimasak.



2. Rendang

Masakan Melayu
Rendang Ayam

Sebut saja rendang, pasti ramai yang beranggapan ianya merupakan salah satu Masakan Melayu yang agak sukar dan remeh untuk dimasak.

Satu stigma pada minda masyarakat kita hari ini, hanya generasi lama sahaja yang mampu masak makanan tradisional ini. Betulkah?

Bagi mereka, penyediaan bahan-bahannya amat rumit dan memasaknya mengambil masa yang lama, walhal bahan-bahan asasnya sama seperti asam pedas juga.

Tanggapan ini sebenarnya tidak tepat kerana ramai daripada generasi sekarang tidak mahu mencubanya walhal cara memasaknya agak mudah sama seperti Masakan Melayu yang lain.

Mari kita tengok cara memasaknya yang cukup senang dengan menggunakan ibu sambal.



3. Kuah Laksa Penang

Masakan Melayu
Kuah Laksa Penang

Laksa Penang merupakan salah satu lagi Masakan Melayu yang menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat Malaysia tidak kira Melayu, Cina atau India.

Ianya juga di sebut sebagai Asam Laksa bagi sesetengah masyarakat Cina.

Mereka percaya makanan ini berasal dari negara China yang dibawa masuk oleh nenek moyang mereka ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah pada satu masa dulu.

Hakikatnya Laksa Penang adalah merupakan salah satu Masakan Melayu popular masyarakat kita terutama di bahagian utara Semenanjung.

Cara membuatnya amat senang, perhatikan video cara memasaknya:



4. Nasi Goreng

Masakan Melayu
Nasi Goreng

Teringat masa kanak-kanak, apabila emak hendak buat nasi goreng, perkara pertama yang akan disuruh anak-anaknya ialah kupas bawang merah, bawang putih dan potong cili kering.

Selepas itu bahan-bahan tadi ditumbuk menggunakan lesung batu, barulah ianya ditumis untuk dijadikan sambal nasi goreng sehinggalah ianya manjadi salah satu menu Masakan Melayu yang popular.

Sekarang gaya hidup sudah berubah selari dengan peredaran masa, ramai yang kekurangan masa untuk menumbuk apatah lagi menyiang bahan-bahan untuk memasak Masakan Melayu.

Pendek kata semuanya nak cepat, masak pun nak cepat dan yang lebih mustahak masa perlu dijimatkan.

Kami kongsikan cara paling cepat masak nasi goreng yang pasti sedap, 5 minit jer siap. Hanya 2 sudu besar ibu sambal untuk 5 pinggang nasi goreng. Saksikan video di bawah:



5. Gulai/Kari Ayam

Masakan Melayu
Gulai Ayam Kampung

Satu lagi Masakan Melayu yang paling digemari terutamanya kanak-kanak ialah gulai/kari ayam yang dimakan bersama nasi putih atau pun dicicah dengan roti.

Petua untuk membuat gulai ayam sedap dengan warnanya nampak kemerahan ialah dengan menggunakan ibu sambal.

Amat mudah dan menjimatkan, itulah pengalaman kami lalui sendiri ketika memasak gulai ayam untuk kenduri tahlil. Hanya 8 botol ibu sambal digunakan untuk 16 ekor ayam seberat 2 kg setiap satu.

Untuk melihat bagaimana ibu sambal digunakan ketika memasak gulai ayam, saksikan video di bawah dalam pelbagai Masakan Melayu :

Kesimpulannya kelima-lima Masakan Melayu di atas memang senang untuk dimasak, anda tidak perlu lagi bersusah payah menyediakan bahan-bahannya sekiranya kesuntukan masa.

Gunalah produk-produk alternatif yang sedia ada di pasaran yang banyak memberi tambah nilai pada Masakan Melayu untuk kelangsungan hidup seharian.

Terdapat banyak produk Muslim yang dikeluarkan untuk membantu memudahkan anda dalam menyediakan Masakan Melayu. – D’Apbroze

Ketahui rahsia memasak Masakan Melayu paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang

 

Kongsikan...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top