AYAM MASAK MERAH & JONG KAKO KAMPUNG…

Kongsikan...
Ayam Masak Merah Ala Kenduri

Ayam Masak Merah merupakan salah satu menu utama  pada majlis  kenduri di kampong pada suatu ketika dulu. Hidangan seolah-olah tidak lengkap tanpanya.

Kebiasaannya Ayam Masak Merah ini dihidangkan bersama daging masak kurma dan gulai dalca untuk satu hidangan. Kesemua lauk tadi dipotong dalam ketulan besar khas untuk dimakan 5 orang kecuali gulai dalca yang sedia ditambah.

Kebiasaanya seekor ayam akan dipotong empat sebelum dimasak Ayam Masak Merah dalam kuantiti yang banyak menggunakan kawah secara gotong-royong.

Itulah keunikan masakan tradisional Melayu pada satu masa dahulu, semuanya dilakukan secara sukarela. Ikatan ukhwah sesama mereka semakin erat dengan kedengaran hilai-tawa pada setiap majlis kenduri yang diadakan sempena majlis perkahwinan.

Kini suasana sebegini sudah tiada lagi, peredaran zaman yang dilalui menyebabkan semuanya berubah. Penyediaan makanan telah diserahkan kepada penyedia perkhidmatan katering, manakala hidangan 5 orang semeja ditukar kepada stail buffet.



Tiada lagi pemandangan tetamu yang hadir terus ke meja panjang yang disediakan untuk mencukupkan bilangan 5 orang, sebelum pekerja lelaki sukarela mengangkat hidangan menggunakan dulang besar.

Gelaran yang diberikan kepada mereka di sesetengah tempat berbeza, seperti contoh di Kelantan dipanggil ‘Jong Kako’. Perwatakan mereka boleh dikenali dengan menyelempangkan tuala kecil ‘Good Morning’ bewarna putih di bahu masing-masing.

Mereka akan merai tetamu yang hadir, memastikan lauk-pauk dan nasi yang disediakan mencukupi. Pendek kata mereka juga yang menjadi pelayan mewakili tuan kerja atau majlis.

Baik atau buruk layanan yang diberikan, menggambarkan layanan yang diberikan oleh tuan majlis kepada tetamu yang hadir.

Tugas tuan rumah hanya menyambut semasa ketibaan dan bersalaman dengan tetamu ketika ingin pulang selepas selesai menikmati hidangan.

Manakala tugas menyediakan Ayam Masak Merah pula dilakukan oleh kaum wanita, bermula daripada proses menyiang dengan seekor ayam dipotong kepada 4 bahagian. Kebiasaanya 100 hingga 200 ekor ayam disediakan berperingkat-peringkat.

Ayam-ayam yang telah dipotong tadi digaul dengan garam kunyit sebelum digoreng dalam kuali yang besar.

Sekumpulan kaum ibu yang lain pula sibuk memotong cili kering, mengupas bawang merah dan bawang putih untuk dikisar sebelum ditumis menjadi ibu sambal iaitu bahan asas untuk memasak  Ayam Masak Merah.

Ayam-ayam yang telah siap digoreng tadi, dimasak sekali lagi dengan memasukkanya ke dalam ibu sambal.

Baru-baru ini kami memasak Ayam Masak Merah dengan kaedah di atas menggunakan ibu sambal.

Satu ekor ayam saiz sederhana dipotong 4 bahagian, dilumur garam kunyit, kemudian digoreng sederhana garing.

Selepas itu satu labu hirisan Bawang Holland ditumis, kemudian 4 sudu besar ibu sambal dimasukkan. Sedikit air, garam dan gula ditambah, dikacau sehingga sebati.

Akhir sekali, kami masukkan ayam yang telah digoreng tadi, Ayam Masak Merah telah tersedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resipi Ayam Masak Merah ringkas, pasti menjilat jari. – D’ APBROZE

Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang

Kongsikan...

MASAKAN SIMPLE DI KHLONG HAE FLOATING MARKET…

Kongsikan...
Khlong Hae Floating Market

Pelbagai juadah masakan simple atau ringkas berwarna-warni diletak berbaris di atas bot atau sampan pada permukaan sungai yang dikenali sebagai Khlong Hae Floating Market, Hatyai, Selatan Thailand.

Keriuhan suara wanita lengkap berpakaian tradisional mempamer skil memasak makanan simple di atas bot masing-masing merupakan satu tarikkan untuk pengunjung menghampiri bot-bot dengan lebih dekat lagi.

Pemandangan yang penuh warna-warni ini bertambah menarik lagi apabila setiap urusniaga dilakukan menggunakan bakul yang diikat pada sebatang galah untuk menghulur makanan yang dipesan beserta bayarannya sekali.



Perniagaan bermula seawal jam 3 petang sehingga jam 9 malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. 
Pelbagai masakkan simple seperti nasi goreng, mee goreng, sup, makanan laut, kueh-mueh, pelbagai minuman ringan dan lain-lain lagi boleh ditempah di sepanjang platform yang menempatkan kira-kira 100 buah bot yang berlabuh di situ.

Anda pasti terkejut masakan simple bergoreng yang dimasak di atas bot berkenaan boleh disiapkan dalam masa 5 hingga 10 minit walaupun dalam jumlah yang banyak.

Pasti ada rahsianya bagaimana masakan simple begitu dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Kami memesan nasi goreng udang atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Kao Pad Khun’ dalam bahasa tempatan.

Cukup simple dan ringkas cara mereka memasaknya, bawang putih ditumis, kemudian beberapa ekor udang diletak, nasi putih dimasukkan diikuti bahan-bahan lain yang telah disediakan. Siap!!!! Nasi goreng bewarna keputihan ala Nasi Goreng Cina itu sedia untuk dimakan.



Selain itu pelbagai  jenis sosej makanan laut dicucuk pada bilahan buluh turut  dibakar di situ. Rasanya sungguh sedap apabila dicicah dengan sos pencicah Thai yang berbau harum dan wangi.


Majoriti masyarakat yang berniaga di sini adalah rakyat tempatan yang beragama Islam, ada juga di kalangan mereka penganut agama Budhha. Bagi pengunjung yang mementingkan makanan halal perlulah berhat-hati memilih makanan ringkas di situ.

Sementara itu, kemudahan tempat makan turut disediakan di kawasan sekitar dengan terdapat beberapa meja dan bangku kayu siap dengan peneduh daripada atap rumbia.



Namun, suasana kebersihan sekitar agak kurang dititk beratkan oleh pihak penganjur di mana anjing-anjing liar berkeliaran di bawah meja mencari makanan ketika pengunjung sedang menikmati makanan.

Sedikit sebanyak ini menjejaskan kebersihan kawasan sekitar, pelbagai virus bawaan anjing liar mungkin boleh merebak kepada pengunjung sekiranya perkara ini tidak dipedulikan.

Pihak berwajib seharusnya peka akan perkara ini, ramai pengunjung yang beragama Islam agak kurang selesa dengan kehadiran anjing liar di kawasan menjual makanan seperti itu walaupun harga makanan yang dijual agak berpatutan.



Keghairahan untuk menikmati makanan simple yang dimasak secara ringkas dan mod bercuti akan menjadi hambar akibat persekitaran yang kurang selesa itu –
D’APBROZE

Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang



Kongsikan...

NASI LEMAK PINK, SAMBAL MERAH…

Kongsikan...
Nasi Lemak Pink

Mata terpandang nasi berwarna pink atau merah jambu dalam almari kaca sebuah restoran di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Menarik sekali warnanya, maklumlah selama ini hanya biasa melihat Nasi Kerabu, Nasi Minyak dan Nasi Hujan Panas sahaja yang bukan berwarna putih.

Apabila menghampiri almari berkenaan, ternyata sekali ianya adalah nasi lemak berwarna pink. Jarang sekali orang menjual nasi lemak sedemikian, namun tiada apa pun kelebihannya.

Rasa nasi lemak berkenaan tetap sama, masih menggunakan santan sebagai bahan asas masakan dan begitu juga lauk-pauknya.

Walaupun warnanya berbeza dengan nasi lemak biasa iaitu putih tetapi sambalnya tetap sama warnanya.

Mana mungkin untuk menukar warna sambal yang sememangnya merah kepada pink kecuali cilinya bukan berwarna merah.

Sambal Ikan Bilis

Sebenarnya, apa-apa warna sekalipun nasi lemak itu, ianya bergantung kepada sejauh mana sedap sambalnya. Sambal merupakan kuah yang digaul bersama nasi dan dimakan bersama lauk-pauk lain yang juga berasaskan sambal.

Sebelum lauk-pauk lain dimasak seperti ikan bilis, sotong dan kerang, sambal tumis perlu disediakan terlebih dahulu.

Bahan asas untuk membuat sambal tumis pula ialah cili kering, bawang merah dan bawang putih. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dikisar dan ditumis untuk tempoh yang agak lama.

Proses inilah yang tidak sanggup dilalui oleh sesetengah individu ketika membuat nasi lemak walaupun dia seorang yang pandai memasak. Ianya agak rumit bagi memastikan sambal tumis yang dihasilkan betul-betul sedap.

Nasi Lemak Putih

Tidak hairanlah baru-baru ini Chef Wan mengutuk sambal tumis yang disediakan oleh sebuah syarikat penerbangan tempatan di lobi menunggu ‘premier lounge’ sebelum berlepas ke Bangkok dari KLIA.

Menurut Chef Wan, sambal tumisnya cair dan menjijikan, malah dia sanggup terajang tukang masak yang menyediakan sambal tumis tersebut dan tidak membenarkan masuk dapur sekiranya beliau merupakan ketua chef di situ.

Sambal tumis berkenaan boleh merosakkan imej masakan Melayu dan nasi lemak itu sendiri, kata Chef Wan lagi.

Tidak ramai daripada masyarakat hari ini tahu bagaimana hendak membuat sambal nasi lemak yang betul-betul sedap. Makumlah budaya masyarakat hari ini yang lebih suka makan di kedai daripada memasak sendiri di rumah.

Sambal Ikan Bilis Ibu Sambal

Sebenarnya membuat sambal tumis nasi lemak ini bukan susah sangat, malah di pasaran telah ada terjual sambal tumis yang siap dimasak. Cuma bergantung kepada kita untuk memilih jenama yang sedap.

Baru-baru ini kami ada membuat sambal ikan bilis untuk dimakan dengan nasi lemak menggunakan ibu sambal.

Cukup senang dan mudah, tumis satu biji Bawang Holland, kemudian masukkan 3 sudu besar ibu sambal dan sedikit air. Kacau hingga sebati sebelum masukkan 2 genggam ikan bilis yang sudah digoreng. – D’APBROZE


Rujuk Video Masak Telor Sambal

 Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang







Kongsikan...

10 PAKET KUEY TEOW HASILKAN PULANGAN RM201

Kongsikan...

Nampak sedap!!! Warnanya pun memang mengiurkan… Begitulah tekak orang kita bila melihat makanan, warna yang menarik pasti sedap rasanya. Bagi peminat kuey teow goreng warna memainkan peranan penting, sekiranya pudar maka kurang pecah air liurnya.

Kuey Teow Kerang, satu menu yang mendapat sambutan di kalangan masyarakat kita. Makanan ini senang didapati di pasar-pasar malam atau di kaki-kaki lima kedai yang dimasak mengikut pesanan pelanggan.

Tidak kurang juga yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk membelinya walaupun hanya sebungkus. Tak sah, menikmati Kuey Teow Kerang tanpa membawa balik cili jeruk hijau yang dipotong.

Baru-baru ini kami bercadang untuk memasak Kuey Teow Kerang bagi merai kawan-kawan anak yang datang beraya di rumah . Masanya agak singkat dan kebetulan pula kami agak sibuk dengan undangan rumah terbuka Hari Raya Idilfitri.

Keputusan diambil untuk menggunakan ibu sambal yang dijual di pasaran bagi memasak kuey teow tersebut. Lalu kami menyediakan bahan-bahan iaitu 10 paket kuey teow seberat 450gm setiap satu, 2 paket isi kerang, daun kucai, sayur toge dan 1 botol ibu sambal.

Setelah bahan-bahan tersedia kami mula menggoreng, kami rasa terkejut masa yang diambil untuk menyiapkan Kuey Teow Kerang itu kira-kira 10 minit sahaja.

Sungguh mudah dan cepat apabila menggunakan ibu sambal, masa tidak terluang begitu sahaja untuk mengupas bawang merah, bawang putih dan cili kering. Lebih menarik lagi, kami tidak perlu lagi kisar dan tumis bahan-bahan tersebut.

Demonstrasi video: 1 paket kuey teow 1 sudu ibu sambal 

Tenyata ianya merupakan satu fenomena baru dalam dunia masakan bagi mereka yang kesuntukan masa. Malah ibu sambal ini boleh dijadikan bahan masakan untuk mereka yang berhajat untuk berniaga Kuey Teow Kerang bagi mencari pendapatan sampingan.

Apa tidaknya, 10 paket kuey teow (4.5 kg) baru RM10, 2 paket isi kerang RM15, daun kucai RM4, sayur toge RM4 dan 1 botol ibu sambal RM16. Kesemuanya berjumlah RM49.

Satu paket kuey teow boleh menghasilkan 5 pinggang Kuey Teow Kerang yang boleh dijual dengan harga RM5 sepinggang. Kalau 10 paket bermakna 50 pinggang, didarab dengan RM5 bersamaan dengan RM250 hasil jualan. Jikalau di tolak dengan kos bahan mentah RM49, masih ada untung kasar RM201.

Wah!!! Lumayan juga pendapatannya, bagi mereka yang tercari-cari perniagaan ringkas, mudah dan menguntungkan, inilah peluangnya. Hanya perlu cari lokasi yang strategik, mulakan secara kecil-kecilan. Insha Allah… Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. – D’APBROZE

Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang
Kongsikan...

NASI GORENG RINGKAS, PENYELAMAT PERTENGAHAN BULAN…

Kongsikan...

Sebut saja nasi goreng, pasti ramai yang tahu, malah kanak-kanak pun bila ditanya nak makan apa? Jawapan yang keluar daripada mulut mereka ialah NASI GORENG, begitulah sinonimnya makanan berkenaan di kalangan masyarakat kita.

“Nak makan apa ya hari ini, tengok lauk pun dah jemu. Hari-hari tengok benda sama jerrrr… Aaaaa nasi goreng laaa hari ini”, itulah yang selalu kedengaran bila tiada banyak pilihan terutama kepada mereka yang selalu makan di kedai.

Nasi goreng menjadi penyelamat kepada perut yang kelaparan, terutama sekali bila masuk tengah bulan. Sebab itulah setiap restoran atau warung yang menjual masakan panas, tidak sah kalau tidak mepamerkan menu nasi goreng, macam-macam menu nasi goreng yang disediakan.

Begitulah popularnya menu nasi goreng ini, ada sesetengah warung hanya menjual makanan bergoreng sahaja tetapi pelanggannya memenuhi setiap meja di sepanjang kaki lima, bandar-bandar besar setiap malam.

Tidak kira tua, muda, miskin dan kaya pasti menyukainya. Begitulah hebatnya menu ini sehingga menjadi makanan kegemaran masyarakat di Asia Tenggara. Mana saja kita pergi, memang mudah untuk mendapatkan nasi goreng.

Di sebalik kepopularitinya, tidak ramai yang tahu cara paling senang menyediakan nasi goreng yang ringkas dan sedap.

“Sebenarnya, nasi goreng ringkas ni…10 minit jerrr, dah boleh dihidangkan untuk 5 orang… Tiada masa untuk sediakan sarapan atau memasak bukan lagi alasan… Anak-anak dan suami pasti sukakannya…”, kata salah seorang tukang masak yang enggan dikenali.

Mari kita tengok bagaimana menyediakannya. Bahan-bahannya, 5 pinggang nasi putih, isi ayam, 2 biji telor, sayur-sayuran ikut cita rasa, 2 sudu besar sambal tumis. Kicap, garam serta gula secukup rasa.

Panaskan sambal tumis, masukkan isi ayam, telor dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran, garam dan gula. Tambah sedikit air dan kicap, akhir sekali masukkan nasi. Kacau sehingga sebati.

Sungguh senang, ringkas dan mudah, rujuk tutorial video untuk lebih memahaminya. Selamat mencuba menu nasi goreng istimewa…– D’APBROZE

Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang

 

Kongsikan...

LEKA MENIKMATI SALMON…BUMBUNG KERETA MEMBEKU…

Kongsikan...



Kelibat ikan-ikan salmon sepanjang satu hingga dua meter menyambar palet di permukaan air merupakan tarikan utama mereka yang berkunjung ke pusat ternakan High Country Salmon di Twizel, New Zealand. Lantas membuat kami berfikir bagaimana untuk memasaknya dengan cara mudah dan ringkas ketika dalam perjalanan.

Kebiruan air Tasik Wairepo Arm yang menempatkan sangkar-sangkar salmon juga memukau pandangan mata. Ditambah pula dengan hamparan permaidani putih pada puncak pergunungan Mt Cook di pulau selatan itu, menjadi satu tarikan kepada pencinta alam yang berkunjung ke sini pada musim sejuk dari bulan Jun hingga Ogos.

Gambar : Google

Kami singgah di sini, selepas pemanduan kira-kira satu jam dari Tekapo menuju ke Wanaka setelah menginap selama dua malam di situ.

Ketika berada di atas platfom kayu di dalam tasik, kelihatan ramai pelancong memberi makan ikan salmon di sebuah kolam khas mengunakan palet yang disediakan secara percuma.

Selepas terhibur dengan gelagat salmon menyambar palet di permukaan air, pelancong-pelancong mengambil kesempatan menikmati makanan yang berasaskan salmon di kafe terapung yang boleh menempatkan kira-kira 100 pengunjung pada satu-satu masa.

Kami turut beratur memesan makanan ringkas iaitu empat burger salmon dan masing-masing satu kari salmon bersama nasi dan mee sup salmon. Harganya agak berpatutan, di mana kami membayar NZ$60 (RM180) untuk enam pesanan berkenaan.

Sebelum meneruskan perjalanan kami turut membeli empat keping isi ikan salmon segar berharga NZ$53 (RM159) untuk dipanggang secara ringkas dan mudah menggunakan ibu sambal yang dibawa khas dari Malaysia.

Sesampainya di motel penginapan kami di Wanaka jam menunjukkan pukul 7 malam dan suhu mencecah negatif 1 darjah selsius. Perjalanan sejauh 201 km selama empat jam itu sungguh memenatkan kerana kami singgah di beberapa tempat menarik iaitu Tasik Pukaki, High Country Salmon, Clay Cliff dan Lindis Pass.

Oleh kerana perut mula terasa lapar, kami bergegas ke dapur motel berkenaan untuk memasak nasi dan memanggang ikan salmon yang dibawa bersama. Wah!!! Isi salmon yang segar dan berkilat itu, baunya harum semerbak bila disapu dengan ibu sambal.

Malah ada di antara penghuni lain terutamanya ‘Mat Saleh’ yang sedang menyediakan makanan berpaling ke arah kami ketika salmon berkenaan diperat. Setelah selesai disapu kami terus memasukkan salmon itu ke dalam ketuhar selama kira-kira 20 minit.

Ternyata salmon segar itu menjadi bertambah manis apabila ibu sambal berkenaan sebati dengan isi salmon tadi. Kepingan isinya yang pejal membuatkan kami leka menikmatinya tanpa menyedari air yang melekat pada bumbung kenderaan kami mula membeku menjadi ais.

Sesungguhnya kombinasi salmon segar bersama ibu sambal yang dimasak secara ringkas dan mudah, membuat kami lupa sejenak cuaca yang semakin sejuk di Wanaka sehingga mencecah negatif tiga darjah selsius. – D’APBROZE

Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang
Kongsikan...

TIP MUDAH MEMBELI MAKANAN MENTAH HALAL DI NEW ZEALAND

Kongsikan...

Menyediakan makanan halal yang ringkas dan mudah adalah satu keperluan apabila melancong ke luar negara bagi yang beragama Islam. Ianya bukan perkara yang sukar seandainya kita telah membuat persediaan yang lebih awal sebelum berangkat.

Kebanyakan negara-negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam makanan mentah seperti ayam dan daging yang dijual di pasar raya adalah tidak halal.



Kalau ada pun agak sukar bagi kita untuk mengenali jenama-jenama yang mendapat kelulusan halal kerana sesetengah pasar raya tidak menyediakan rak khas yang bertanda halal.

Ketika melancong di New Zealand selama lebih tiga minggu, kami dapati tidak semua pasar raya menyediakan rak khas halal walaupun berkunjung ke pasar raya yang sama di lokasi yang berbeza. 

Contohnya Pasar Raya Park N’ Save di Mt. Albert, Auckland, ada menyediakan rak halal sedangkan di Taupo tidak pula menyediakannya dan begitu juga di bahagian selatan walaupun di pasar raya yang sama.

Oleh itu, cara yang paling mudah ialah dengan mengenal pasti jenama yang mendapat pengiktirafan halal daripada New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT).

Antara jenama yang kami guna ialah TEGEL yang mengeluarkan ayam proses mentah dan pelbagai produk berasaskan ayam. Selain itu ianya juga turut menjual ayam panggang yang telah sedia untuk dimakan. Jenama ini agak senang dibeli di semua pasar raya seluruh New Zealand.

Selain itu, jenama BRINKS juga merupakan satu lagi syarikat yang mengeluarkan ayam proses halal tetapi ianya hanya boleh diperolehi di sekitar Auckland sahaja. Anda juga boleh merujuk naskah yang dikeluarkan oleh Pelancongan New Zealand tentang panduan halal: http://production-editors.newzealand.com/travel/library/z76702_1.pdf

Kesimpulannya mengguna makanan dan barangan halal amat penting dalam kehidupan kita seharian. Mencari yang halal itu merupakan satu kewajipan bagi kita semua walaupun dalam menyediakan makanan ringkas semasa berada di luar negara – D’APBROZE

Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang

 

Kongsikan...

CARA PALING MUDAH MASAK AYAM PANGGANG BUTTER

Kongsikan...

Ayam panggang simple tapi spesial ini cuma 15 minit jer siap. Pasti menjilat jari… Bahan-bahannya, 1 kg. kepak ayam, 80 gm butter, 2 sudu besar madu, 1 setengah sudu besar Ibu Sambal D’Apbroze & garam secukup rasa.

Panaskan butter, kemudian masukkan madu dan kacau sehingga sebati. Masukkan garam dan ibu sambal, kacau biar sebati. Masukkan kepak ayam kemudian padamkan api dapur.

Akhir sekali panggang kepak yang telah digaul dengan butter tadi selama 15 minit.

Selamat mencuba…

Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang
Kongsikan...

10 TIP MENGHILANGKAN TANGAN PANAS ATAU ‘PIJAR’ AKIBAT CILI

Kongsikan...

Membuang tangkai cili menggunakan tangan sudah menjadi rutin kebiasaan kaum ibu pada suatu masa dulu. Tangan tersebut turut menghayung batu lesong atau memusing batu pengisar yang agak berat untuk melumatkan cili-cili tersebut sebagai bahan masakan.

Malah tangan itu jugalah yang turut membesarkan anak-anak dan mungkin salah seorangnya adalah kita.

Sekarang semua nak cepat, masak pun nak cepat… Begitulah senario hari ini, apabila orang perempuan mula sibuk dengan tugasan harian, ada yg makan gaji, berniaga, berpersatuan, berpolitik dan lain-lain lagi.

Kerja-kerja mengasingkan tangkai cili tersebut sudah jarang dilakukan oleh generasi sekarang kerana ramai antara kita yang lebih suka makan di luar berbanding memasak di rumah.

Kalau masih ada pun hanya cuma segelintir yang masih berbuat demikian. Itupun ramai yang bersungut.

 “Ah memotong, blend tu nak kena curik masa, sebab jagakan si kecik ni. Kalau buat nye dia poo poo ke, alamak pijau la montot dia…”

“Aku paling tak suka potong cili. Tak kira la cili kering ke cili merah.Tangan jenis cepat pijar”.

“Saya sejak ada anak kecik ni pakai cili boh saja..tak ada masa nak potong…blend cili…cepat pun cepat…masak jadi…hahaha…orang pemalas gini laaa…disebabkan dah ada anak sorang dan mengandung pulak ni…badan memang tak larat…so pilihan yang ada cuma cili boh sajer…rasa memang kurang sikit la..”

“Kalau baru nak potong, rebus, blend, kadang lambat jadinya…kena standby jalan shortcut bila time terdesak…hehe..” 

“Bila ada baby ni saya tak suka sangat nak pegang cili…sebab takut terkena panas…ke apa…risau sangat kena kat baby…”


Itulah antara rungutan apabila bercakap bab cili ini, masing-masing ada alasan sendiri.

Sebenarnya ada beberapa panduan untuk mengatasi masalah yang banyak diperkatakan itu, bukannya payah sangat kalau kena caranya.

Mari kita tengok cara untuk menghilangkan tangan panas atau pijar apabila menyiang cili. Ianya adalah amalan yang dilakukan sejak zaman dahulu lagi.

GARAM/GULA
Ambil sedikit garam atau gula, kemudian lumurkannya pada seluruh tangan. Biarkan selama lima (5) minit, kemudian bilas dengan air paip. Selain itu juga garam atau gula boleh juga dimasukkan ke dalam bekas mengandungi air suam. Kemudian rendam kedua-dua belah tangan sehingga rasa panas dan pijar itu hilang.

BERAS
Satu lagi petua ialah memasukkan tangan yang telah dibersih ke dalam tong beras. Biarkan tangan tenggelam di dalam beras sehingga tangan tersebut berasa lega. Untuk pengetahuan suhu beras di dalam tong ini agak panas sehingga habanya meresap ke tangan. Orang zaman dulu kalau nak peram buah agar cepat masak, mereka akan masukan dalam tong beras.

MINYAK MASAK 
Lumurkan sedikit minyak masak dan gosokan pada bahagian tangan sehingga rasa panas itu hilang. Petua ini selalu diamalkan oleh orang-orang zaman dahulu.

HAMPAS KELAPA
Ramas tangan dalam hampas kelapa sehingga rasa panas atau pijar itu hilang.

ASAM JAWA
Rendam tangan dalam bekas berisi air asam jawa sehingga rasa panas atau pijar itu hilang.

SUSU PEKAT MANIS
Masukkan sedikit susu pekat manis ke dalam bekas, kemudian lumur pada tangan yang panas atau pijar itu sehingga ianya beransur pulih. Susu yang sejuk dari peti ais lagi elok.

HABA PANAS
Hala tangan ke api dapur yang sedang menyala, biarkan haba panas itu meresap. Kemudian bersihkan tangan tersebut dengan air paip yang mengalir.

LOGAM
Tangan yang panas atau pijar boleh juga digosokkan pada permukaan logam seperti besi sinki atau sudu. Selepas beberapa minit alirkan air ke atas tangan. Lakukan beberapa kali sehingga rasa panas atau pijar hilang.

AIS
Masukkan ketulan ais kedalam bekas berisi air, kemudian rendam tangan beberapa kali sehingga rasa panas atau pijar hilang.

SARUNG TANGAN
Tip yang terakhir sekali ialah menggunakan sarung tangan semasa mengasingkan tangkai cili. Apa-apa jenis sarung tangan pun boleh samada kain, getah atau plastik. 

Selamat mencuba…

Ibu sambal adalah resipi berasaskan sambal bagi membantu surirumah dan mereka yang sentiasa sibuk dalam menyediakan makanan dengan lebih cepat. Tidak seperti sambal yang lain, ibu sambal mampu menghasilkan lebih 20 jenis masakan. Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat dengan Klik Di sini Sekarang
Kongsikan...

CARA PALING RINGKAS & MUDAH BUAT KUAH LAKSA PENANG YANG SEDAP…

Kongsikan...

Laksa Penang merupakan salah satu makanan tradisional  yang digemari oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia tidak kira Melayu, Cina atau India.

Ianya juga di sebut sebagai Asam Laksa bagi sesetengah masyarakat Cina. Mereka percaya makanan ini berasal dari negara China yang dibawa masuk oleh nenek moyang mereka ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah pada satu masa dulu.

Hakikatnya Laksa Penang kini merupakan salah satu makanan popular masyarakat kita terutama di bahagian utara Semenanjung.  

Sesetengah generasi hari ini beranggapan ianya merupakan makanan yang agak sukar dan remeh untuk dimasak. Malah mereke beranggapan hanya generasi lama sahaja yang mampu membuat kuat Laksa Penang yang sedap.


Tanggapan ini sebenarnya tidak tepat kerana ramai daripada generasi sekarang tidak mahu mencubanya walhal cara memasaknya agak mudah sama seperti masakan ‘simple’ atau ringkas yang lain.

Mari kita masaknya untuk dinikmati bersama bersama keluarga, tidak perlu lagi memandu mencari kedai yang dikatakan paling sedap menjual Laksa Penang.

Bahan-bahannya, 1 kg ikan selayang, bunga kantang, daun kesum, sedikit belacan dan ibu sambal.

Cara memasaknya, mula-mula rebus ikan selayang kemudian kisar isinya sampai hancur. Panaskan lima (5) sudu ibu sambal, kemudian masukkan isi ikan yang telah dikisar. Masukkan 1.5 liter air dan kacau sehingga sebati. Masukkan sedikit belacan, daun kesum dan bunga kantang. Garam dan gula dimasukkan secukup rasa (rujuk video tutorial di bawah)

Kami yakin dalam masa 20 minit hidangan hidangan Laksa Penang yang ‘simple’ atau ringkas dan sedap sudah berada di atas meja. Anak-anak pasti tidak lagi bersungut, lamanya ibu memasak. Selamat mencuba. — D’APBROZE

Ibu sambal adalah resipi berasaskan sambal bagi membantu surirumah dan mereka yang sentiasa sibuk dalam menyediakan makanan dengan lebih cepat. Tidak seperti sambal yang lain, ibu sambal mampu menghasilkan lebih 20 jenis masakan. Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat dengan Klik Di sini Sekarang
Kongsikan...
Scroll To Top