TIP KUAH LAKSA PENANG YANG MUDAH & SEDAP…

Kongsikan...

LAKSA PENANG

Laksa Penang
Laksa Penang

Laksa Penang merupakan salah satu makanan tradisional  yang digemari oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia tidak kira Melayu, Cina atau India.

Ianya juga di sebut sebagai Asam Laksa bagi sesetengah masyarakat Cina. Mereka percaya makanan ini berasal dari negara China yang dibawa masuk oleh nenek moyang mereka ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah pada satu masa dulu.

Hakikatnya makanan ini merupakan salah satu makanan popular masyarakat kita terutama di bahagian utara Semenanjung.  

Sesetengah generasi hari ini beranggapan ianya merupakan makanan yang agak sukar dan remeh untuk dimasak.

Malah mereke beranggapan hanya generasi lama sahaja yang mampu membuat kuah yang sedap.

Laksa Penang
Laksa Penang

Tanggapan ini sebenarnya tidak tepat kerana ramai daripada generasi sekarang tidak mahu mencubanya walhal cara memasaknya agak mudah sama seperti masakan ‘simple’ atau ringkas yang lain.

KUAH LAKSA PENANG

Mari kita masaknya untuk dinikmati bersama bersama keluarga, tidak perlu lagi memandu mencari kedai yang dikatakan paling sedap menjual makanan tersebut.

Bahan-bahannya, 1 kg ikan selayang, bunga kantang, daun kesum, sedikit belacan dan ibu sambal.

Cara memasaknya, mula-mula rebus ikan selayang kemudian kisar isinya sampai hancur.

Panaskan lima (5) sudu ibu sambal, kemudian masukkan isi ikan yang telah dikisar. Masukkan 1.5 liter air dan kacau sehingga sebati.

Masukkan sedikit belacan, daun kesum dan bunga kantang. Garam dan gula dimasukkan secukup rasa (rujuk video tutorial di bawah)

Kami yakin dalam masa 20 minit hidangan Laksa Penang yang ‘simple’ atau ringkas dan sedap sudah berada di atas meja. Anak-anak pasti tidak lagi bersungut, lamanya ibu memasak. Selamat mencuba. — D’APBROZE

Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang

 

Kongsikan...
Scroll To Top