5 SEBAB LARANGAN MAKAN DI RESTORAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Kongsikan...

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Perintah Kawalan Pergerakan
Perintah Kawalan Pergerakan – Elakan kesesakan ketika membeli makanan

Perintah Kawalan Pergerakan mula dikuat kuasa pada 18 hingga 31 Mac, 2020 untuk mengawal penularan wabak Covid-19 terus merebak di Malaysia.

Ianya telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari sebelum penguatkuasaannya.

Orang ramai diarahkan supaya berada di rumah sepanjang tempoh tersebut dan hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar membeli barangan keperluan apabila keadaan mendesak.

Memandangkan terdapat peningkatan kes baharu yang tinggi setiap hari, pada 25 Mac lepas Muhyiddin sekali lagi mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April, 2020.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN – MAKAN DI RUMAH

Antara larangan Perintah Kawalan Pergerakan yang perlu dipatuhi ialah larangan berkumpul dan makan di premis-premis yang menjual makanan.

Namun begitu membeli secara bungkus dan membawa balik ke rumah adalah dibenarkan. Orang ramai juga dinasihatkan tidak berada lama di kedai-kedai menjual makanan bagi mengelakkan berlakunya kesesakan.

Perintah Kawalan Pergerakan
Perintah Kawalan Pergerakan – Berhimpun di Kedai Kopi

Larangan berkumpul dan makan di kedai-kedai makan ini sememangnya ada asasnya kerana wabak Covid-19 ini boleh berjangkit melalui titisan cecair atau ‘droplet’ yang terhasil daripada percikan air liur ketika bercakap atau batuk dan bukannya secara bawaan udara atau ‘airborne’.

Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Jinjang Kepong, Dr Siti Khamsiah Abd Shukor, berkata ‘air droplet’ bersifat agak berat dan tidak akan berterbangan bagi jarak lebih satu meter.

Berdasarkan penerangan di atas, masyarakat harus faham kenapa larangan makan di kedai makan dikuat kuasakan.

Secara amnya, kebersihan meja atau kerusi yang disediakan di kedai makan boleh diragui akan kebersihannya. Adakah pemilik kedai melakukan kerja-kerja penyahkuman secara berkala?

Perintah Kawalan Pergerakan
Perintah Kawalan Pergerakan – Perlu peka dengan kebersihan 

Bayangkan sekiranya tiada kerja-kerja pembersihan dilakukan dan sebelum itu ada seorang pembawa wabak Covid-19 batuk atau bersin semasa makan di meja berkenaan.

Selepas dia beredar anda pula yang duduk dimeja tersebut dan tangan bersentuhan pada permukaan meja berkenaan.

Tangan yang diletakkan di atas meja tadi, kemudian menyentuh hidung dan mata. Apakah kuman atau bakteria Covid-19 tidak akan memasuki hidung atau mata anda?

Cuba bayangkan sekiranya anda menerima jangkitan tersebut dan membawa balik ke rumah. Bagaimana pula dengan keluarga yang anda sayangi?

Sebab itulah Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan melarang orang ramai makan di premis menjual makanan bagi mengekang penularan wabak.

Selain itu juga, apabila orang ramai bersesak mengerumuni makanan yang hendak dibeli, risikonya amat tinggi kerana jarak sosial yang ditetapkan ialah perlu berada 1 meter antara satu sama lain.

Seperkara lagi adakah semua yang datang membeli itu memakai mask menutup hidung dan mulut dan bebas daripada Covid-19?

Perintah Kawalan Pergerakan
Perintah Kawalan Pergerakan – Pastikan makanan yang dibeli terjamin kebersihannya


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN – MASAK SENDIRI

Oleh itu bagi mereka yang sering makan di luar sebelum wabak melanda, maka masak sendiri dirumah adalah jalan terbaik bagi mengawal wabak daripada terus menular.

Semua ini bagi menjaminkan tahap kesihatan diri dan keluarag berada pada tahap terbaik bagi mengelakkan kita menjadi mangsa Covid-19 yang sehingga kini masih tiada penawarnya.

Sebenarnya masak sendiri di rumah banyak kelebihan, apa tidaknya makanan yang kita masak masih lagi segar, bersih dan rasanya sudah pasti amat berlainan dengan apa yang dibeli dari kedai.

Selain itu, memasak sendiri dan makan bersama keluarga di rumah tambah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan selain dapat menikmati hidangan enak dengan kos yang lebih murah.

Perintah Kawalan Pergerakan
Perintah Kawalan Pergerakan – Makan di rumah eratkan hubungan kekeluargaan

Pelbagai menu boleh dirancang untuk dimasak setiap hari terutama ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Bukannya susah sangat, semua maklumat pada jari anda, sebut sahaja nak masak apa, pelbagai resipi ada di internet.

Kalau zaman dahulu memang agak susah, nak masak sesuatu masakan kena ada cikgu yang mengajar, kena masuk kelas masakan.

Perintah Kawalan Pergerakan
Perintah Kawalan Pergerakan – Masak sendiri di rumah

Sekarang semuanya mudah, yang tak pandai memasak pun boleh belajar melalui ‘Youtube’, tambahan pula pelbagai jenis pes masakan ada dijual di kedai atau secara dalam talian  bagi memudahkan anda semua.

Pokok pangkalnya mahu atau tidak mahu saja, orang kata tepuk dada tanya selera. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Teringat saya semasa kali pertama memasak asam pedas suatu ketika dahulu, penyediaan bahan sehinggalah boleh dihidangkan mengambil masa kira-kira 3 jam.

Sekarang dengan adanya pelbagai inovasi, percaya tak kalau saya katakan memasak asam pedas tak sampai pun 30 minit sudah siap. Pasti anda terkejut, rasanya pun lebih sedap daripada apa yang dijual di kedai.

Perintah Kawalan Pergerakan
Perintah Kawalan Pergerakan – Masak sendiri di rumah

Oleh itu patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan, sekurang-kurangnya anda telah menunaikan kewajipan sebagai rakyat yang ingin melihat kedaulatan undang-undang negara terpelihara. – D’Apbroze

Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang
Kongsikan...
Scroll To Top