SPAGHETTI GORENG… SPAGHETTI BOLOGNESE…SPAGHETTI ALA MALAYSIA?

Kongsikan...
Spaghetti Goreng
Spaghetti Goreng Ala Malaysia

SPAGHETTI GORENG ALA MALAYSIA

Rupanya spaghetti goreng ala Malaysia ni enak dan sedap rasanya, sedikit pejal berbanding dengan mee. Teringat semasa pertama kali melihatnya, pelbagai persoalan timbul.

Mata terpandang bilah-bilah selinder kering kekuningan yang panjangnya kira-kira 20 sm. Bentuknya keras seperti plastik, teringat kepada bilah-bilah penyapu lantai simen yang berwarna-warni semasa zaman persekolahan suatu ketika dahulu. 

Menariknya bilah-bilah keras tadi, bila direndam ke dalam air yang mendidih akan bertukar menjadi lembut seperti mee. Itulah spaghetti iaitu makanan ruji atau utama penduduk Itali dan sebahagian daripada Eropah.

Perkataan spaghetti itu sendiri adalah berasal daripada perkataan Itali iaitu spaghetto bermaksud tali nipis yang membelit.


Ianya adalah pasta yang panjang, nipis, selinder dan pejal yang diperbuat daripada gandum serta air.

Spaghetti Itali diperbuat daripada gandum durum, manakala di tempat lain ianya diperbuat daripada tepung jenis lain.

Pada permulaanya spaghetti yang dihasilkan adalah sangat panjang, tetapi pada akhir abad ke-20 spaghetti pendek sepanjang 20-30 sm. mula dihasilkan.

Pelbagai menu spaghetti yang mendapat sambutan masyarakat menjadi hidangan utama di sesetengah restoran Malaysia. Antaranya Spaghetti Carbonara, Spaghetti Bolognese, Spaghetti Aglio, Spaghetti Goreng Ala Malaysia dan lain-lain lagi.

Spaghetti Goreng

Hidangan spaghetti Bolognese merupakan salah satu menu utama yang mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia.

Spaghetti Bolognese berasal dari Bolona, Itali, dan merupakan salah satu makanan tradisional yang popular masyarakat Itali.

Ianya sejenis pasta yang dimakan bersama sos tomato yang dicampur dengan daging. Rasa masam tomato menyebabkan Spaghetti Bolognese menjadi lebih enak dan digemari ramai.

Selain itu Spaghetti Carbonara juga merupakan antara menu yang menjadi kegilaan orang-orang kita. Apa tidaknya, sosnya berasaskan keju, daging dan telur dengan rasa yang lemak dan berkrim memang sesuai untuk kanak-kanak.

Jadi tidak hairanlah sos carbonara menjadi pilhan utama kepada ibu-ibu apabila menyajikan spaghetti kepada keluarga berbanding blognese yang agak masam sedikit.

Ada sesetengah berpendapat apabila sebut sahaja spaghetti, selalunya masam dan berkrim. Tidak salah masak spaghetti goreng dengan sedikit kelainan, mungkin sosnya boleh dipelbagaikan dengan sedikit cita rasa Malaysia.

Spaghetti Goreng


Ramai juga yang beranggapan bila digabungkan dengan cita rasa Malaysia ketulenan spaghetti goreng itu sudah tiada lagi.

Semua itu adalah teori semata-mata, bak kata pepatah belum cuba belum tahu. Sesuatu yang baru perlu dicuba sebelum menilainya.

Lagipun, Malaysia ini adalah sebuah negara yang terkenal dengan jolokan syurga makanan kepada pelancong-pelancong samada dari dalam atau luar negara.

Malah pelancong-pelancong luar negara sendiri mengakui makanan-makanan Malaysia memang sedap dan memiliki rasa yang unik.

Berdasarkan kenyataan itu, resepi masakan Malaysia boleh diketengahkan atau diadaptasikan dengan masakan barat yang pasti ada kelainannya tersendiri.

Mari kita tengok cara masak spaghetti goreng ala Malaysia pula dengan menggunakan ibu sambal. Rasanya pasti sedap, setanding dengan masakan ala orang putih itu.

Cara memasaknya, panaskan 3 sudu ibu sambal, kemudian masukkan lauk-pauk dan sayur-sayuran. Akhir sekali masukkan 1 paket spaghetti yang telah dicelur dan kacau sehingga sebati.

Biarkan beberapa minit diatas dapur, kemudian angkat. Spaghetti goreng ala Malaysia sudah sedia untuk dihidangkan. Rasai kelainannya, anda dan keluarga pasti menyukainya.

Rujuk demo video masakan untuk lebih memahaminya.– D’APBROZE



Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang
Kongsikan...
Scroll To Top