Makanan tradisional Melayu merupakan makanan warisan turun-temurun yang digemari oleh seluruh lapisan masyarakat Malaysia.
Ke mana saja pergi pasti ada yang mencari, malah kalau melancong ke luar negara sekalipun makanan tradisional Melayu tetap menjadi pilihan.
Tidak hairanlah walau di kota London sekalipun restoran makanan tradisional Melayu tumbuh bagai cendawan di sana, malah para pelanggan mereka kebanyakannya terdiri daripada penduduk tempatan.
Pastinya makanan tradisional tersebut memiliki keunikan tersendiri sehingga menjadi tarikan kepada mereka yang bukan warganegara Malaysia.
Kami kongsikan beberapa menu lauk makanan tradisional Melayu yang menjadi kegemaran ramai.
Makanan Tradisional Melayu – Sambal Nasi Lemak
Bahan-bahan:
1. 4 sudu besar ibu sambal (5 orang makan)
2. Ikan bilis goreng
Cara masak:
Panaskan ibu sambal, kemudian tambahkan sedikit air sebab ianya pekat. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah siap digoreng, kacau sampai sebati.
Garam dan gula tambah secukup rasa, makanan tradisional sambal nasi lemak siap untuk dihidangkan.
Makanan Tradisional Melayu – Daging Kerutuk
Bahan-bahan:
1. 1 kg daging
2. Sedikit bunga cengkih
3. Sedikit bunga lawang
4. Sedikit kulit kayu manis
5. Sedikit buah pelaga hindi
6. Sedikit hirisan halia
7. Sedikit lengkuas
8. 1 paket serbuk kerutuk daging
9. Santan ikut cita rasa
10. 4 sudu besar ibu sambal
Cara masak:
Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hindi, hirisan halia & hirisan lengkuas.
Kemudian masukkan 4 sudu ibu sambal diikuti dengan serbuk kerutuk daging beserta sedikit air.
Masukkan daging yang sudah empuk dan biarkan beberapa minit. Masukkan santan, tambah sedikit air kacau sampai mendidih.
Garam dan gula tambah secukup rasa. Biarkan ianya menjadi pekat dan keluar minyak, makanan tradisional Melayu sudah sedia untuk dihidang.
Makanan Tradisional Melayu – Gulai Darat Daging
Bahan-bahan:
1. 500 gm daging
2. 3 sudu besar ibu sambal
3. Sedikit bunga cengkih
4. Sedikit bunga lawang
5. Sedikit kulit kayu manis
6. Sedikit buah pelaga hindi
7. Sedikit kerisik
8. Sedikit halia (diketuk)
9. 3 biji cili hijau
10. 1 paket rempah gulai darat
11. Santan ikut cita rasa
Cara Masak:
Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hindi.
Kemudian masukkan 500gm daging dan 3 sudu besar ibu sambal, kemudian kacau hingga sebati.
Masukkan rempah gulai darat, kemudian kacau dan tambah sedikit air. Masukkan kerisik, halia, cili hijau, santan dan kacau sehingga mendidih. Garam dan gula secukup rasa, makanan tradisional Melayu sudah sedia untuk dihidang.
Makanan Tradisional Melayu – Dalca Daging
Bahan-bahan:
1. 500 gm daging lembu cincang
2. 3 sudu besar ibu sambal
3. 3 biji terong
4. Sedikit kacang panjang,
5. Sedikit sayur jagung,
6. 1 biji tomato
7. 2 biji cili hijau
8. Sedikit bunga cengkih
9. Sedikit bunga lawang
10. Sedikit kulit kayu manis
11. Sedikit buah pelaga hindi
12. 1 paket rempah dalca
13. Santan ikut cita rasa
Cara masak:
Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hindi. Kemudian masukkan daging dan ibu sambal, kemudian kacau hingga sebati.
Masukkan rempah dalca, kemudian kacau dan tambah sedikit air. Masukkan halia, santan dan kacau sehingga mendidih.
Kemudian masukkan sayur (terong, sayur jagung, kacang panjang, tomato dan cili hijau). Garam dan gula secukup rasa, makanan tradisional Melayu sudah sedia untuk dihidang.
Makanan Tradisional Melayu – Rendang Ayam
Bahan-bahan:
1. 1 ekor ayam 2kg
2. Halia
3. Lengkuas
4. Serai
5. Kerisik
6. Santan
7. Daun limau purut
8. Daun kunyit
9. Ibu sambal.
Cara masak:
Panaskan 5 sudu ibu sambal, kemudian masukkan hirisan halia, lengkuas & kerisik diikuti sedikit air.
Kacau hingga sebati, kemudian masukkan 1 ekor ayam yang sudah dipotong. Selepas itu masukkan daun limau purut, serai, santan dan daun kuncit.
Biarkan ianya mendidih sehingga hampir kering. Garam dan gula dimasukkan secukup rasa, makanan tradisional Melayu sudah sedia untuk dihidang.
Makanan Tradisional Melayu – Kari Ayam
Bahan-bahannya:
1. 1 ekor ayam saiz sederhana
2. 2 sudu besar ibu sambal
3. 2 ulas bunga cengkih
4. 2 batang kulit kayu manis
5. 2 biji buah pelaga hindi
6. Sedikit hirisan halia
7. Rempah kari
8. Santan kelapa ikut cita rasa
Cara masak:
Tumis bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga hindi dan hirisan halia terlebih dahulu.
Masukkan 2 sudu besar ibu sambal, diikuti dengan serbuk kari dan tambah sedikit air.
Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong, bila sudah separuh masak barulah dimasukkan santan.
Kacau sehingga mendidih. Garam dan gula secukup rasa, makanan tradisional Melayu sudah sedia untuk dihidang.
Masakan Tradisional Melayu – Gulai Ayam Kampung
Bahan-bahannya:
1. 1 ekor ayam kampung saiz sederhana
2. 3 sudu besar ibu sambal
3. Sedikit hirisan bawang putih
4. Sedikit jintan putih
5. Sedikit jintan manis
6. Sedikit serbuk kunyit
7. 2 batang serai
8. Sedikit hirisan halia
9. Sedikit lengkuas
10. Santan kelapa ikut cita rasa
Cara masak:
Tumis bawang putih, masukkan hirisan halia, lengkuas, serai, jintan putih dan jintan manis.
Kemudian masukkan 3 sudu ibu sambal diikuti dengan ayam dan serbuk kunyit.
Kacau hingga sebati, masukkan santan dan tambah air. Biarkan ianya mendidih sehingga ayam tersebut empuk.
Kemudian tambah garam & gula secukup rasa. Makanan tradisional Melayu sudah sedia untuk dihidang.
Makanan Tradisional Melayu – Ayam Masak Merah
Bahan-bahannya:
1. 1 ekor ayam saiz sederhana dipotong 4 bahagian
2. 1 labu hirisan bawang holland
3. 4 sudu besar ibu sambal
4. Garam dan gula secukup rasa
Cara masak:
Satu ekor ayam saiz sederhana dipotong 4 bahagian, dilumur garam kunyit, kemudian digoreng sederhana garing.
Selepas itu satu labu hirisan bawang holland ditumis, kemudian 4 sudu besar ibu sambal dimasukkan. Sedikit air, garam dan gula ditambah, dikacau sehingga sebati.
Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi, makanan tradisional Melayu sudah sedia untuk dihidangkan.
Makanan Tradisional Melayu – Masak Lemak Ayam Kampung Salai
Bahan-bahannya:
1. 1 ekor ayam kampung salai
2. Sedikit kunyit hidup
3. Sedikit halia
4. Cili padi ikut cita rasa
5. 1 helai daun kunyit
6. 2 batang serai
7. Santan ikut cita rasa
8. 3 sudu ibu sambal
Cara Masak:
Panaskan ibu sambal, masukkan sedikit kunyit hidup, halia, serai dan santan. Kemudian masukkan isi ayam, kacau hingga sebati.
Tuangkan sedikit air, kemudian masukkan cili padi, dikuti daun kunyit. Kacau dan biarkan ia mendidih beberapa minit.
Gula dan garam dimasukkan secukup rasa, makanan tradisional Melayu sudah sedia untuk dihidangkan.
Makanan Tradisional Melayu – Kuah Laksa Penang
Bahan-bahannya:
1. 1 kg ikan selayang/sardin
2. 2 bunga kantang
3. Segenggam daun kesum
4. Sedikit belacan
5. 5 sudu besar ibu sambal.
Cara masak:
Rebus ikan selayang/sardin kemudian kisar isinya sampai hancur.
Panaskan lima (5) sudu besar ibu sambal, kemudian masukkan isi ikan yang telah dikisar.
Masukkan 1.5 liter air dan kacau sehingga sebati. Masukkan sedikit belacan, daun kesum dan bunga kantang.
Garam dan gula dimasukkan secukup rasa. Makanan tradisional Melayu sudah sedia untuk dihidangkan.
Makanan Tradisional Melayu – Asam Pedas
Bahan-bahannya:
1.1 ekor ikan siakap 800g
5 sudu besar ibu sambal
3. 1 sudu kecil serbuk kunyit
4. Air asam jawa
5. Daun limau purut
6. 2 bunga kantan
7. Daun kesum
Cara masak:
Masukkan 5 sudu Ibu Sambal ke dalam kuali/periok, kemudian masukkan 500ml air, kacau hingga sebati.
Selepas itu masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit, air asam jawa, daun limau purut, bunga kantan & daun kesum.
Biarkan sampai mendidih baru masukkan ikan siakap yang telah dipotong dua. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa. Makanan tradisional Melayu sudah sedia untuk dihidangkan.
Makanan Tradisional Melayu – Ikan Masak Taucu
Bahan-bahan:
1. 2 ekor bawal emas saiz sederhana
2. 1 labu hirisan bawang Holland
3. 2 batang serai
4. Sedkit hirisan halia
5. Sedikit taucu kisar
Cara masak:
Panaskan 3 sudu ibu sambal, kemudian masukkan hirisan bawang besar, halia, serai dan taucu kisar.
Masukkan air, garam dan gula secukup rasa, kemudian kacau sampai mendidih. Akhir sekali masukkan 2 ekor ikan bawal emas.
Makanan Tradisional Melayu – Ikan Bakar
Bahan-bahannya:
1. 1 ekor ikan siakap 800g
2. 2 sudu besar ibu sambal
3. 2 batang serai
4. Sedikit hirisan halia
Cara masak:
Lumur 2 sudu ibu sambal pada ikan tersebut, tabur hirisan halia dan 2 batang serai yang sudah diketuk.
Kemudian panggang selama kira-kira 15 minit, makanan tradisional Melayu sudah sedia untuk dihidangkan.
Makanan Tradisional Melayu – Ikan Bakar Sumbat Sambal
Bahan-bahan:
1. 1 kg ikan cencaru
2. 2 sudu besar ibu sambal
3. 1 labu hirisan bawang holland
4. Sedikit daun ketumbar
Cara masak:
Ibu sambal digaul dengan hirisan bawang besar dan daun ketumbar.
Ianya kemudian disumbat ke dalam ikan seberat yang telah dibelah dua pada bahagian belakang.
Ikan tersebut kemudian dipanggang selama kira-kira 15 hingga 20 minit, makanan tradisional Melayu sudah sedia untuk dihidangkan.
Ikan cencaru bakar bersambal ini sungguh sedap, sesuai untuk hidangan berbuka.
Makanan Tradisional Melayu – Penyediaan Paling Mudah
Makanan tradisional Melayu amat mudah untuk dimasak, cuma anda perlu sedkit masa untuk pelajarinya.
Kami telah menyediakan tutorial video bagi memudahkan anda memahaminya.
Semoga impian anda untuk menikmati makanan tradisional Melayu walau di mana jua sekali berada tercapai.
Mudah cakap…cara persembahan kami amat simple, ikut sahaja panduan memasak yang telah kami sediakan.
Anda pasti merasai satu kelainan dengan ramuan ibu sambal yang telah dirumus khas bagi memudahkan anda memasak dan menikmati makanan tradisional Melayu.
Ketahui cara mudah masak makanan tradisional Melayu dengan ibu sambal. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang