KENAPA MASAKAN RINGKAS YANG DIMASAK DALAM KAWAH SEDAP…

Kongsikan...
81 / 100

Masakan Ringkas
Masakan ringkas dimasak dalam kawah Image Google

MASAKAN RINGKAS

Kaum bapa memasang khemah dan merebahkan lembu, manakala kaum ibu bergotong-royong kupas bawang merah, bawang putih dan potong cili kering untuk sediakan bahan masakan ringkas atau ‘simple’.

Tradisi sebegini tidak sah tanpa kedengaran hilai tawa dan usik mengusik samada di kalangan kaum ibu dan tidak kurang juga kaum bapanya.

Malah suasana begini amat dinantikan oleh semua penduduk kampung, apa tidaknya inilah masa untuk berkumpul sambil mengeratkan silatulrahim.

Bagi teruna dan dara peluang ini tidak dilepaskan begitu sahaja, inilah masanya bagi teruna untuk mengintai si dara yang bakal dijadikan pasangan hidup.

Manakala si dara pula berangan menaiki pelamin bersama pilihan hati dalam suasana yang lebih meriah lagi.

Masakan Ringkas
Kaum ibu bergotong-royong di dapur menyediakan bahan-bahan masakan ringkas Gambar Google

Dalam keriuhan suara usikan itu, bahan-bahan tadi ditumbuk menggunakan lesung atau dikisar dengan pengisar batu sebelum dimasak menjadi sambal tumis atau ibu sambal, iaitu bahan utama dalam setiap masakan ringkas masyarakat Melayu.

Semuanya ini dilakukan secara bergotong-royong dan sedikit pun tidak mengharapkan upah atas penat lelah yang dicurahkan.

Malah ada juga yang datang membantu membawa beras dan gula untuk disedekahkan sebagai kenduri arwah untuk ahli keluarga yang telah pun meninggal.

Itulah tradisi sehari sebelum majlis kenduri diadakan di kampung pada suatu ketika dahulu, ianya merupakan satu simbol keakraban masyarakat dahulu yang penuh dengan nilai-nilai murni.
 
Masakan Ringkas
Sambal tumis atau ibu sambal bahan utama untuk masakan ringkas

 

MASAKAN RINGKAS SEDAP DAN MUDAH

Sementara itu di sebelah pihak lelaki, lembu yang rebah dilapah dan dipotong sebelum dimasak dengan kuantiti yang banyak dalam kawah besar menggunakan kayu api sebagai bahan bakar.  

Namun begitu masakan ringkas ini rasanya tetap sedap, itulah kelebihan masakan warisan Melayu pada zaman dahulu. 

Kini masa sudah berubah mengikut peredaran zaman. Kaum wanita sibuk dengan tugasan masing-masing, tiada lagi masa untuk kupas bawang, potong cili, kisar dan menumis.

Tiada lagi kedengaran usik mengusik dan hilai tawa, tiada lagi intai mengintai antara teruna dan dara. Kerja-kerja itu telah diambil alih oleh kontraktor makanan, keaslian rasa hidangan seperti zaman dahulu adalah satu perkara subjektif untuk diungkaikan.

Masakan Ringkas
Ayam masak merah salah satu menu utama masakan ringkas

 

Apakah resipinya masih dibuat secara tradisional tanpa mengguna bahan pengawet bagi mengekalkan keasliannya?

Masih adakah sambal tumis atau ibu sambal warisan generasi dahulu untuk menghasilkan masakan ringkas yang terserlah kelazatannya? — D’APBROZE

Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang
 
Kongsikan...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top