Pernah bekerja sebagai Eksekutif Akaun di beberapa syarikat dan yang terakhir sekali di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) sebelum mengambil keputusan berhenti pada 1994 untuk menjadi surirumah sepenuh masa.
Selepas ketiga-tiga anak melanjutkan pelajaran ke universiti barulah mula berjinak dengan perniagaan di salah sebuah syarikat jualan langsung pada 2014, dengan pencapaian terakhir sebagai Pengurus Kanan Jualan.
Walaupun berada pada tahap yang agak tinggi, namun masih tiada kepuasan kerana apa yang dijual dan dipromosikan bukan merupakan produk sendiri.
Akhirnya selepas anak kedua melanjutkan pelajaran ke New Zealand pada 2016 barulah terfikir bagaimana untuk memastikan kerinduannya kepada masakan ibu terubat.
Selain itu, kesedaran untuk membantu orang-ramai menikmati makanan lazat dengan kos yang murah bersama keluarga juga mendorong ramuan ibu sambal dikomersialkan dengan jenama D’APBROZE.