7 PERKARA TENTANG SAMBAL NASI LEMAK ANDA PERLU TAHU…

Kongsikan...
90 / 100 SEO Score

SAMBAL NASI LEMAK

Sambal Nasi Lemak

Warna merah berkilat, rasanya pula sedikit pedas, masam dan masin adalah ciri-ciri sambal nasi lemak yang sedap serta digemari oleh semua lapisan masyarakat.

Perlu dingat bukan semua orang Malaysia sukakan pedas, alternatifnya ialah menghasilkan sambal yang sederhana pedas bagi membolehkan orang ramai menikmatinya.

Ada sesetengah individu sukakan sambal yang nampak biji-biji cili di dalamnya.

”Sambal yang ada biji ni, gerenti pedas. Tak kick laaaa kalau tak pedas, baru laaaaa berpeluh bila pekenanya”, kata salah seorang peminat sambal nasi lemak.

”Saya pula tak suka pedas sangat, perut mula meragam kalau makan pedas. Ada kalanya terpaksa berulang-alik ke tandas”, kata yang lain pula.

Sambal Nasi Lemak

Semuanya itu adalah subjektif, bergantung kepada individu masing-masing samada inginkan sambal yang ada biji cili atau tiada.

Tiada hujah yang mengatakan sambal yang banyak biji cili itu tidak elok dan begitu juga sambal yang tiada biji.

Sebenarnya sambal nasi lemak yang tidak ada biji cili kelihatan lebih bersih dan warnanya lebih merah serta mengiurkan mata memandang.

Apa tidaknya warna kemerahannya kelihatan sekata berbanding dengan yang banyak biji iaitu diselang-seli merah sambal dan biji bewarna agak keputihan menjadikan pandangan mata sedikit terbatas.

SAMBAL NASI LEMAK – SAKIT APENDIKS

Kebanyakan sambal nasi lemak yang dihidangkan di hotel warnanya merah berkilat dan tidak kelihatan walau sebiji pun biji cili.

Sambal Nasi Lemak

”Nak hasilkan sambal yang sedap dan menarik kena buang biji cili tu sampai tak ada langsung. Kalau malas boleh saja buat sambal tanpa buang biji, jadi juga”, kata salah seorang chef sebuah hotel ternama.

Jadi jelaslah berdasarkan pandangan chef berkenaan kenapa sesetengah sambal nasi lemak yang dijual atau dibuat ada biji cili yang banyak.

Sementara itu, ada juga yang berpandangan sambal yang mempunyai banyak biji cili di dalamnya boleh menyebabkan Penyakit Apendiks.

Tanggapan tersebut adalah mitos semata-mata, mungkin itu hanya tanggapan masyarakat zaman dahulu yang melarang memakan jambu batu dan cili kerana boleh menyebabkan sakit perut.

Menurut Penolong Profesor Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) dan juga Pakar Perubatan Dalaman, Dr Maisara Yusra, tiada kajian saintifik membuktikan apendiks disebabkan pemakanan apatah lagi dikaitkan dengan cili dan jambu batu. 

Sambal Nasi Lemak,

SAMBAL NASI LEMAK – CILI SESUAI

Begitu juga dalam memilih cili untuk menghasilkan sambal nasi lemak, ada pelbagai jenis cili di pasaran yang anda boleh pilih samada cili kering pedas, sederhana pedas dan tidak pedas ketika membeli.

Sebagaimana disebut sebelum, tidak semua rakyat Malaysia suka makan pedas. Oleh itu eloklah memilih cili kering sederhana pedas agar sambal yang dihasilkan menepati cita rasa semua lapisan masyarakat.

Bukan setakat itu sahaja, kanak-kanak yang gemarkan nasi lemak pun boleh menikmatinya tanpa perlu bertanya sambal nasi lemak ini pedas ke mak?

Caranya ialah dengan memilih cili kering yang buahnya kelihatan sedikit berkerinting dan berkedut. Saiznya sederhana besar dan boleh dibeli dengan mudah di pasar-pasar raya.

Harga cili jenis ini dalam dalam lingkungan RM17 sekilogram iaitu harga terbaru di pasaran untuk bulan Mac 2020.

Sambal Nasi Lemak

SAMBAL NASI LEMAK – CARA MUDAH BUAT

Sambal nasi lemak kebiasaanya menggunakan ikan bilis goreng sebagai lauk utamanya selain telur rebus.

Ada yang memasaknya terus bersama sambal yang disediakan sebelum itu dan tidak kurang juga yang meletakkan ikan bilis goreng bersama lauk-pauk lain.

Sambal Nasi Lemak

Ikan bilis tadi digoreng garing supaya lebih ranggup dan sedap. Kebiasaannya ikan yang digunakan adalah bersaiz kecil.

Sebenarnya membuat sambal nasi lemak ini sekarang tidak perlu lagi ke pasar raya untuk memilih cili kering, bawang dan sebagainya.

Malah kerja-kerja menyiang cili kering, bawang dan kisar semua itu sudah tidak perlu dilakukan lagi. Maklumlah semua nak cepat, tidak berbaloi rasanya kalau sekadar untuk menyediakan sambal nasi lemak hanya untuk 5 orang.

Kami hanya panaskan ibu sambal yang ada dijual di pasaran, kemudian tambahkan sedikit air sebab ianya pekat. Setakat untuk 5 orang makan memadai guna 4 sudu besar sahaja.

Sambal Nasi Lemak

Kemudian masukkan ikan bilis yang telah siap digoreng, kacau sampai sebati. Garam dan gula ditambah secukup rasa, sambal nasi lemak siap untuk dihidangkan. – D’Apbroze

Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang

Kongsikan...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top