SAMBAL NASI LEMAK, 5 MINIT DAH SIAP MASAK…

Kongsikan...

SAMBAL NASI LEMAK

Sambal Nasi Lemak

Warna merah berkilat, rasanya pula sedikit pedas, masam dan masin adalah ciri-ciri sambal nasi lemak yang sedap serta digemari oleh semua lapisan masyarakat.

Perlu dingat bukan semua orang Malaysia sukakan pedas, alternatifnya ialah menghasilkan sambal yang sederhana pedas bagi membolehkan orang ramai menikmatinya.

Ada sesetengah individu sukakan sambal yang nampak biji-biji cili di dalamnya.

”Sambal yang ada biji ni, gerenti pedas. Tak kick laaaa kalau tak pedas, baru laaaaa berpeluh bila pekenanya”, kata salah seorang peminat sambal nasi lemak.

”Saya pula tak suka pedas sangat, perut mula meragam kalau makan pedas. Ada kalanya terpaksa berulang-alik ke tandas”, kata yang lain pula.

Semuanya itu adalah subjektif, bergantung kepada individu masing-masing samada inginkan sambal yang ada biji cili atau tiada.

Tiada hujah yang mengatakan sambal yang banyak biji cili itu tidak elok dan begitu juga sambal yang tiada biji.

Sebenarnya sambal nasi lemak yang tidak ada biji cili kelihatan lebih bersih dan warnanya lebih merah serta mengiurkan mata memandang.

Apa tidaknya warna kemerahannya kelihatan sekata berbanding dengan yang banyak biji iaitu diselang-seli merah sambal dan biji bewarna agak keputihan menjadikan pandangan mata sedikit terbatas.

Sambal Nasi Lemak

SAMBAL NASI LEMAK – SAKIT APENDIKS

Kebanyakan sambal nasi lemak yang dihidangkan di hotel warnanya merah berkilat dan tidak kelihatan walau sebiji pun biji cili.

”Nak hasilkan sambal yang sedap dan menarik kena buang biji cili tu sampai tak ada langsung. Kalau malas boleh saja buat sambal tanpa buang biji, jadi juga”, kata salah seorang chef sebuah hotel ternama.

Jadi jelaslah berdasarkan pandangan chef berkenaan kenapa sesetengah sambal nasi lemak yang dijual atau dibuat ada biji cili yang banyak.

Sementara itu, ada juga yang berpandangan sambal yang mempunyai banyak biji cili di dalamnya boleh menyebabkan Penyakit Apendiks.

Tanggapan tersebut adalah mitos semata-mata, mungkin itu hanya tanggapan masyarakat zaman dahulu yang melarang memakan jambu batu dan cili kerana boleh menyebabkan sakit perut.

Menurut Penolong Profesor Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) dan juga Pakar Perubatan Dalaman, Dr Maisara Yusra, tiada kajian saintifik membuktikan apendiks disebabkan pemakanan apatah lagi dikaitkan dengan cili dan jambu batu. 

Sambal Nasi Lemak,

SAMBAL NASI LEMAK – CILI SESUAI

Begitu juga dalam memilih cili untuk menghasilkan sambal nasi lemak, ada pelbagai jenis cili di pasaran yang anda boleh pilih samada cili kering pedas, sederhana pedas dan tidak pedas ketika membeli.

Sebagaimana disebut sebelum, tidak semua rakyat Malaysia suka makan pedas. Oleh itu eloklah memilih cili kering sederhana pedas agar sambal yang dihasilkan menepati cita rasa semua lapisan masyarakat.

Bukan setakat itu sahaja, kanak-kanak yang gemarkan nasi lemak pun boleh menikmatinya tanpa perlu bertanya sambal nasi lemak ini pedas ke mak?

Caranya ialah dengan memilih cili kering yang buahnya kelihatan sedikit berkerinting dan berkedut. Saiznya sederhana besar dan boleh dibeli dengan mudah di pasar-pasar raya.

Harga cili jenis ini dalam dalam lingkungan RM17 sekilogram iaitu harga terbaru di pasaran untuk bulan Mac 2020.

Sambal Nasi Lemak

SAMBAL NASI LEMAK – CARA MUDAH BUAT

Sambal nasi lemak kebiasaanya menggunakan ikan bilis goreng sebagai lauk utamanya selain telur rebus.

Ada yang memasaknya terus bersama sambal yang disediakan sebelum itu dan tidak kurang juga yang meletakkan ikan bilis goreng bersama lauk-pauk lain.

Sambal Nasi Lemak

Ikan bilis tadi digoreng garing supaya lebih ranggup dan sedap. Kebiasaannya ikan yang digunakan adalah bersaiz kecil.

Sebenarnya membuat sambal nasi lemak ini sekarang tidak perlu lagi ke pasar raya untuk memilih cili kering, bawang dan sebagainya.

Malah kerja-kerja menyiang cili kering, bawang dan kisar semua itu sudah tidak perlu dilakukan lagi.

Maklumlah semua nak cepat, tidak berbaloi rasanya kalau sekadar untuk menyediakan sambal nasi lemak hanya untuk 5 orang.

Cara buatnya:

Panaskan ibu sambal yang ada dijual di pasaran, kemudian tambahkan sedikit air sebab ianya pekat. Setakat untuk 5 orang makan memadai guna 4 sudu besar sahaja.

Kemudian masukkan ikan bilis yang telah siap digoreng, kacau sampai sebati. Boleh juga masukkan sotong, bergantung kepada cita rasa masing-masing.

Garam dan gula ditambah secukup rasa, sambal nasi lemak siap untuk dihidangkan. – D’Apbroze

Ketahui rahsia memasak sambal nasi lemak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang

Kongsikan...

NASI LEMAK PINK, SAMBAL MERAH…

Kongsikan...

NASI LEMAK

Nasi Lemak
Nasi Lemak Pink

Mata terpandang nasi berwarna pink atau merah jambu dalam almari kaca sebuah restoran di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Menarik sekali warnanya, maklumlah selama ini hanya biasa melihat Nasi Kerabu, Nasi Minyak dan Nasi Hujan Panas sahaja yang bukan berwarna putih.

Apabila menghampiri almari berkenaan, ternyata sekali ianya adalah nasi lemak berwarna pink. Jarang sekali orang menjual nasi lemak sedemikian, namun tiada apa pun kelebihannya.

Rasa nasi berkenaan tetap sama, masih menggunakan santan sebagai bahan asas masakan dan begitu juga lauk-pauknya.

Walaupun warnanya berbeza dengan nasi lemak biasa iaitu putih tetapi sambalnya tetap sama warnanya.

Mana mungkin untuk menukar warna sambal yang sememangnya merah kepada pink kecuali cilinya bukan berwarna merah.

Nasi Lemak
Sambal Ikan Bilis

Sebenarnya, apa-apa warna sekalipun nasi lemak itu, ianya bergantung kepada sejauh mana sedap sambalnya. Sambal merupakan kuah yang digaul bersama nasi dan dimakan bersama lauk-pauk lain yang juga berasaskan sambal.

Sebelum lauk-pauk lain dimasak seperti ikan bilis, sotong dan kerang, sambal tumis perlu disediakan terlebih dahulu.

NASI LEMAK SAMBAL TUMIS

Bahan asas untuk membuat sambal tumis pula ialah cili kering, bawang merah dan bawang putih. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dikisar dan ditumis untuk tempoh yang agak lama.

Proses inilah yang tidak sanggup dilalui oleh sesetengah individu ketika membuat sambalnya walaupun dia seorang yang pandai memasak. Ianya agak rumit bagi memastikan sambal tumis yang dihasilkan betul-betul sedap.

Nasi Lemak
Nasi Lemak Putih

Tidak hairanlah baru-baru ini Chef Wan mengutuk sambal tumis yang disediakan oleh sebuah syarikat penerbangan tempatan di lobi menunggu ‘premier lounge’ sebelum berlepas ke Bangkok dari KLIA.

Menurut Chef Wan, sambal tumisnya cair dan menjijikan, malah dia sanggup terajang tukang masak yang menyediakan sambal tumis tersebut dan tidak membenarkan masuk dapur sekiranya beliau merupakan ketua chef di situ.

Sambal tumis berkenaan boleh merosakkan imej masakan Melayu dan nasi lemak itu sendiri, kata Chef Wan lagi.

Tidak ramai daripada masyarakat hari ini tahu bagaimana hendak membuat sambal tumis yang betul-betul sedap. Makumlah budaya masyarakat hari ini yang lebih suka makan di kedai daripada memasak sendiri di rumah.

Nasi Lemak
Sambal Ikan Bilis Ibu Sambal

Sebenarnya membuat sambal tumis nasi lemak ini bukan susah sangat, malah di pasaran telah ada terjual sambal tumis yang siap dimasak. Cuma bergantung kepada kita untuk memilih jenama yang sedap.

Baru-baru ini kami ada membuat sambal ikan bilis untuk dimakan dengan nasi lemak menggunakan ibu sambal.

Cukup senang dan mudah, tumis satu biji Bawang Holland, kemudian masukkan 3 sudu besar ibu sambal dan sedikit air. Kacau hingga sebati sebelum masukkan 2 genggam ikan bilis yang sudah digoreng. – D’APBROZE


Rujuk Video Masak Telor Sambal

 Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang

 

Kongsikan...
Scroll To Top