AYAM MASAK MERAH…3 RESEPI MEMIKAT RASA…

Kongsikan...

Ayam Masak Merah



Ayam masak merah merupakan salah satu menu utama  pada majlis  kenduri di kampong pada suatu ketika dulu. Hidangan seolah-olah tidak lengkap tanpanya.

Kebiasaannya ayam masak merah ini dihidangkan bersama daging masak kurma dan gulai dalca untuk satu hidangan.

Kesemua lauk tadi dipotong dalam ketulan besar, khas untuk dimakan 5 orang kecuali gulai dalca yang sedia ditambah.

Seekor ayam akan dipotong empat sebelum dimasak ayam masak merah dalam kuantiti yang banyak menggunakan kawah secara gotong-royong.

Itulah keunikan masakan tradisional Melayu pada satu masa dahulu, semuanya dilakukan secara sukarela.


Ayam Masak Merah Ikatan Ukhwah

Ikatan ukhwah sesama mereka semakin erat dengan kedengaran hilai-tawa pada setiap majlis kenduri yang diadakan sempena majlis perkahwinan.

Kini suasana sebegini sudah tiada lagi walaupun menu ayam masak merah masih ada, peredaran zaman yang dilalui menyebabkan semuanya berubah.

Penyediaan makanan telah diserahkan kepada penyedia perkhidmatan katering, manakala hidangan 5 orang semeja ditukar kepada stail buffet.

Tiada lagi pemandangan tetamu yang hadir terus ke meja panjang yang disediakan untuk mencukupkan bilangan 5 orang, sebelum pekerja lelaki sukarela mengangkat hidangan menggunakan dulang besar.

Gelaran yang diberikan kepada mereka di sesetengah tempat berbeza, seperti contoh di Kelantan dipanggil ‘Jong Kako’.

Ayam Masak Merah Jong Kako

Perwatakan mereka boleh dikenali dengan menyelempangkan tuala kecil ‘Good Morning’ bewarna putih di bahu masing-masing.

Mereka akan merai tetamu yang hadir, memastikan lauk-pauk dan nasi yang disediakan mencukupi.

Pendek kata mereka juga yang menjadi pelayan mewakili tuan kerja atau majlis.

Baik atau buruk layanan yang diberikan, menggambarkan layanan yang diberikan oleh tuan majlis kepada tetamu yang hadir.

Tugas tuan rumah hanya menyambut semasa ketibaan dan bersalaman dengan tetamu ketika ingin pulang selepas selesai menikmati hidangan.

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah Kenduri

Manakala tugas menyediakan ayam masak merah pula dilakukan oleh kaum wanita, bermula daripada proses menyiang dengan seekor ayam dipotong kepada 4 bahagian.

Kebiasaanya 100 hingga 200 ekor ayam disediakan berperingkat-peringkat.

Ayam-ayam yang telah dipotong tadi digaul dengan garam kunyit sebelum digoreng dalam kuali yang besar.

Sekumpulan kaum ibu yang lain pula sibuk memotong cili kering, mengupas bawang merah dan bawang putih untuk dikisar sebelum ditumis menjadi ibu sambal iaitu bahan asas untuk memasak  ayam masak merah.

Ayam-ayam yang telah siap digoreng tadi, dimasak sekali lagi dengan memasukkanya ke dalam ibu sambal.


Ayam Masak Merah Kenduri Ringkas


Ayam Masak Merah


Baru-baru ini kami memasak ayam masak merah dengan kaedah di atas menggunakan ibu sambal.

Bahan-bahannya:

1. 1 ekor ayam saiz sederhana dipotong 4 bahagian
2. 1 labu hirisan bawang holland
3. 4 sudu besar ibu sambal
4. Garam dan gula secukup rasa

Cara masak:

Satu ekor ayam saiz sederhana dipotong 4 bahagian, dilumur garam kunyit, kemudian digoreng sederhana garing.

Selepas itu satu labu hirisan bawang holland ditumis, kemudian 4 sudu besar ibu sambal dimasukkan. Sedikit air, garam dan gula ditambah, dikacau sehingga sebati.

Akhir sekali, kami masukkan ayam yang telah digoreng tadi, ayam masak merah telah tersedia untuk dihidangkan.

Ayam Masak Merah Thai

Ayam Masak Merah

Ayam masak merah ala Thai ini sedikit kelainan dengan ayam masak merah biasa.

Kuahnya kelihatan agar cair sedikit dengan tambahan bahan-bahan sampingan. Namun begitu rasanya tetap sedap dan lain daripada yang lain.

Bahan-bahannya:

1. 1 ekor ayam saiz sederhana dipotong kecil
2. 1 labu hirisan bawang holland
3. 2 sudu besar ibu sambal
4. 2 sudu besar sos cili
5. 1 sudu besar sos tiram
6. 2 batang serai
7. Sedikit daun limau purut
8. Daun saderi (hiasan)
9. Garam dan gula secukup rasa

Cara masak:

Tumis bawang holland, kemudian masukkan serai yang telah diketuk dan daun limau purut.

Masukkan 2 sudu besar ibu sambal, sos cili dan sos tiram. Tambah sedikit air dan kacau hingga sebati.

Kemudian masukkan ayam dan kacau sampai masak.

Garam dan gula tambah secukup rasa, ayam masak Thai sedia untuk dihidangkan dan akhir sekali taburkan daun saderi di atasnya.


Ayam Masak Merah Restoran Thai

Ayam Masak Merah

Kalau ke Restoran Thai menu yang mesti dipesan ialah daging masak merah. Kali ini kami masak sedikit kelainan iaitu ayam masak merah restoran Thai menggunakan ibu sambal.

Rasa dan warnanya sama seperti daging masak merah, serta dimasukkan sedikit sayur kacang panjang.

Anda perlu cuba resepi yang sedikit kelainan ini, anak-anak pasti meyukai ayam masak merah ala restoran Thai ini.

Bahan-bahannya:

1. 2 keping dada ayam saiz sederhana dipotong kecil
2. 1 labu hirisan bawang holland
3. 1 hingga 2 sudu ibu sambal
4. Kacang panjang ikut cita rasa
5. Garam dan gula secukup rasa

Cara masak:

Tumis bawang holland, kemudian masukkan 2 sudu besar ibu sambal dan tambah sedikit air, serta kacau hingga sebati.

Masukkan garam dan gula tambah secukup rasa, lepas iru masukkan ayam dan kacau sampai masak.

Akhir sekali kacang panjang dimasukkan dan kacau selama 5 minit. Ayam masak merah restoran Thai telah sedia untuk dihidangkan.


Ayam Masak Merah Kesukaan Anak

Ayam Masak Merah


Selamat mencuba tiga resepi ayam masak merah ringkas, cepat dan yang lebih mustahak pasti sedap serta menjilat jari.

Anda pasti menikmati penjimatan yang tidak terhingga, jimat masa, jimat tenaga dan jimat segala-galanya.

Pastinya juga anda tidak perlu lagi bergegas pulang dari kerja untuk ke warung, pasar malam atau restoran untuk membeli lauk yang sudah masak sebagai hidangan makan malam nanti.

Kadang-kadang anda terlupa makanan siap masak yang dibeli itu sudah beberapa hari dipanaskan dan kesegarannya sudah tiada.  

Jangan bimbang dengan menggunakan Ibu Sambal D’Apbroze anak-anak pasti menyukainya kerana ianya kurang pedas. – D’ APBROZE

Ketahui rahsia memasak ayam masak merah paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang

Kongsikan...
Scroll To Top