NASI LEMAK
Mata terpandang nasi berwarna pink atau merah jambu dalam almari kaca sebuah restoran di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Menarik sekali warnanya, maklumlah selama ini hanya biasa melihat Nasi Kerabu, Nasi Minyak dan Nasi Hujan Panas sahaja yang bukan berwarna putih.
Apabila menghampiri almari berkenaan, ternyata sekali ianya adalah nasi lemak berwarna pink. Jarang sekali orang menjual nasi lemak sedemikian, namun tiada apa pun kelebihannya.
Rasa nasi berkenaan tetap sama, masih menggunakan santan sebagai bahan asas masakan dan begitu juga lauk-pauknya.
Walaupun warnanya berbeza dengan nasi lemak biasa iaitu putih tetapi sambalnya tetap sama warnanya.
Mana mungkin untuk menukar warna sambal yang sememangnya merah kepada pink kecuali cilinya bukan berwarna merah.
Sebenarnya, apa-apa warna sekalipun nasi lemak itu, ianya bergantung kepada sejauh mana sedap sambalnya. Sambal merupakan kuah yang digaul bersama nasi dan dimakan bersama lauk-pauk lain yang juga berasaskan sambal.
Sebelum lauk-pauk lain dimasak seperti ikan bilis, sotong dan kerang, sambal tumis perlu disediakan terlebih dahulu.
NASI LEMAK SAMBAL TUMIS
Bahan asas untuk membuat sambal tumis pula ialah cili kering, bawang merah dan bawang putih. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dikisar dan ditumis untuk tempoh yang agak lama.
Proses inilah yang tidak sanggup dilalui oleh sesetengah individu ketika membuat sambalnya walaupun dia seorang yang pandai memasak. Ianya agak rumit bagi memastikan sambal tumis yang dihasilkan betul-betul sedap.
Tidak hairanlah baru-baru ini Chef Wan mengutuk sambal tumis yang disediakan oleh sebuah syarikat penerbangan tempatan di lobi menunggu ‘premier lounge’ sebelum berlepas ke Bangkok dari KLIA.
Menurut Chef Wan, sambal tumisnya cair dan menjijikan, malah dia sanggup terajang tukang masak yang menyediakan sambal tumis tersebut dan tidak membenarkan masuk dapur sekiranya beliau merupakan ketua chef di situ.
Sambal tumis berkenaan boleh merosakkan imej masakan Melayu dan nasi lemak itu sendiri, kata Chef Wan lagi.
Tidak ramai daripada masyarakat hari ini tahu bagaimana hendak membuat sambal tumis yang betul-betul sedap. Makumlah budaya masyarakat hari ini yang lebih suka makan di kedai daripada memasak sendiri di rumah.
Sebenarnya membuat sambal tumis nasi lemak ini bukan susah sangat, malah di pasaran telah ada terjual sambal tumis yang siap dimasak. Cuma bergantung kepada kita untuk memilih jenama yang sedap.
Baru-baru ini kami ada membuat sambal ikan bilis untuk dimakan dengan nasi lemak menggunakan ibu sambal.
Cukup senang dan mudah, tumis satu biji Bawang Holland, kemudian masukkan 3 sudu besar ibu sambal dan sedikit air. Kacau hingga sebati sebelum masukkan 2 genggam ikan bilis yang sudah digoreng. – D’APBROZE
Rujuk Video Masak Telor Sambal
Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang |