RESIPI ASPARAGUS GORENG & MEMILIH ASPARAGUS SEGAR…

Kongsikan...
Asparagus Goreng

Asparagus!!! Nak masak apa sayur asparagus ni? Itulah persoalan yang timbul, apabila melihatnya. Maka mulalah mencari resipi masak asparagus di internet. 

Cara masak sayur asparagus ini sebenarnya bukanlah susah sangat, cuma kita terkejut melihat bentuk dan rupanya. Maklumlah bukan selalu melihat asparagus ini, batangnya seakan-akan buluh kecil dan pucuknya meruncing tajam seperti rebung.

Pelbagai persoalan bermain di minda, sedap ke asparagus ni, keras ke batangnya, nak masak apa yaaaa… dan lain-lain lagi persoalan yang bermain.

Sebenarnya sayur asparagus ini kaya dengan zat besi, potassium, kalsium, fosforus, Vitamin A dan C.



Ketika membeli pastikan anda memilih sayur asparagus yang segar iaitu bewarna hijau, batang yang keras dan tidak layu. Pilih asparagus yang berbatang kecil, batang yang besar menyebabkan bahagian dalam berserabut dan bertekstur seperti kayu.

Cara untuk mengetahui samada batang itu keras atau lembut ialah dengan memegang menggunakan kedua-dua belah tangan pada bahagian pangkal.

Kemudian, lenturkan perlahan-lahan sehingga merasa keras dan patahkannya. Kebiasaannya bahagian ini bewarna keputihan kerana tertanam di dalam tanah dan terlindung dari cahaya matahari.



Sekiranya tidak mahu melenturnya, bahagian pangkal ini boleh juga dipotong terus kira-kira 3 inci dan dibuang.

Baru-baru ini kami sempat membeli sayur asparagus ketika berkunjung ke tanah tinggi Cameron Highlands.

Kebetulan kami menginap di salah sebuah apartmen yang turut menyediakan dapur dan peralatan memasak. Bolehlah memasak makanan simple atau ringkas untuk seisi keluarga.

Mari kita tengok cara memasak 500 gm sayur asparagus yang telah dipotong pendek kira-kira 3 inci.



Mula-mula tumis 1 ulas hirisan bawang putih, kemudian masukkan beberapa ekor udang dan satu setengah sudu ibu sambal.

Tambah sedikit air dan masukkan sayur asparagus yang telah dipotong tadi. Kacau hingga sebati dan akhir sekali masukkan hirisan 1 biji buah tomato. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa sebelum mengangkatnya.



Resipi masak asparagus ringkas ala Malaysia ini memang sedap samada dimakan bersama nasi beserta lauk-pauk lain atau dimakan begitu sahaja.

Selamat mencuba resipi masak asparagus yang simple dan ringkas ini.– D’APBROZE

Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang

 

Kongsikan...
Scroll To Top