NASI GORENG, NASI DINGIN, 5 MINIT SIAP…

Kongsikan...

Nasi Goreng

Nasi goreng guna nasi dingin paling enak, itulah cara orang zaman dahulu memasak makanan ringkas dan cepat ini sebagai bekalan ke sawah.

Bukan apa, sebenarnya masyarakat zaman dahulu tidak gemar kepada pembaziran dalam menjalani kehidupan seharian.

Sebab itulah setiap pagi kalau di kampung akan kedengaran bunyi tumbukan alu lesung dari corok dapur, menumbuk cili kering, bawang merah dan bawang putih iaitu bahan utama untuk masak nasi goreng.

Manakala lauknya pula isi ikan rebus atas para yang telah dileraikan, kalau ada telur ayam kampung bawah rumah, itulah campurannya beserta hirisan sayur kangkung paya.

Wah!!! Memang sedap nasi goreng yang dimasak sebegini, dua pinggan memang tidak cukup sebelum keluar melastik burung atau bermain guli terutamanya pada hujung minggu.

Nasi Goreng Popular

Sebut saja nasi goreng ini, pasti ramai yang tahu, malah kanak-kanak pun bila ditanya hendak makan apa?

Jawapan yang keluar daripada mulut mereka ialah nasi goreng, begitulah sinonimnya makanan berkenaan di kalangan masyarakat kita.

“Nak makan apa ya hari ini, tengok lauk pun dah jemu. Hari-hari tengok benda sama jerrrr…

Aaaaa nasi goreng laaa hari ini”, itulah yang selalu kedengaran bila tiada banyak pilihan terutama kepada mereka yang selalu makan di kedai.

Sebab itulah setiap restoran atau warung yang menjual masakan panas, tidak sah kalau tidak mepamerkan menu masakan ini.

Nasi Goreng Tengah Bulan

Makanan ini amat digemari, menjadi penyelamat kepada perut yang kelaparan, terutama sekali bila masuk tengah bulan.

Sesetengah warung hanya menjual makanan bergoreng sahaja, namun pelanggan mereka memenuhi setiap meja di sepanjang kaki lima, bandar-bandar besar setiap malam.

Tidak kira tua, muda, miskin dan kaya pasti menyukainya dengan sebiji telor goreng mata kerbau di atas.

Begitulah hebatnya nasi goreng, sehingga menjadi makanan kegemaran masyarakat di seluruh Asia Tenggara. Mana-mana saja anda pergi, memang mudah untuk mendapatkannya.

Nasi Goreng

Nasi Goreng Simple

Di sebalik popularitinya, tidak ramai yang tahu cara paling senang memasak secara ringkas dan sedap.

“Sebenarnya, masak nasi goreng secara ringkas…5 minit jerrr, dah boleh dihidangkan untuk 5 orang.

Tak ada masa untuk sediakan sarapan atau memasak bukan lagi alasan. Anak-anak dan suami pasti sukanya”, kata salah seorang tukang masak yang ingin dikenali sebagai Pak Mat.

Mari kita tengok bagaimana cara memasaknya yang paling ringkas dan cepat tanpa perlu potong cili kering, kupas bawang merah dan bawang putih.

Ya laaaa, sekarang semua nak cepat, ada sesetengah orang tu, periok dan kuali dah gantung atas para, main tunjuk-tunjuk dan bungkus saja tanpa pedulikan samada makanan yang dibeli itu sudah beberapa hari dipanaskan, ujar Pak Mat mengakhiri bicara.

Nasi Goreng Biasa

Nasi Goreng

Bahan-bahannya:

1. 5 pinggan nasi putih.
2. Isi ayam.
3. 2 biji telor.
4. Sayur-sayuran ikut cita rasa.
5. 2 sudu besar ibu sambal.
6. Kicap, garam serta gula secukup rasa.

Panaskan ibu sambal, masukkan isi ayam, telor dan kacau sehingga sebati.

Kemudian masukkan sayur-sayuran, garam dan gula. Tambah sedikit air dan kicap, akhir sekali masukkan nasi. Kacau sehingga sebati dan betul-betul masak.

Sambal Tumis


Nasi Goreng Kampung

Masak nasi goreng kampung ini sama juga dengan yang biasa, cuma sayur dan lauknya agak berbeza sedikit, bukan ikut citarasa untuk masukkan sebarang lauk.

Bahan-bahannya:

1. 5 pinggan nasi putih.
2. Isi ayam.
3. Ikan bilis yang telah digoreng ikut cita rasa.
3. 2 biji telor.
4. Sayur kangkung ikut cita rasa .
5. 2 sudu besar ibu sambal.
6. Kicap, garam serta gula secukup rasa.

Panaskan ibu sambal, masukkan isi ayam, telor dan kacau sehingga sebati.

Kemudian masukkan sayur kangkung, garam dan gula. Tambah sedikit air dan kicap, akhir sekali masukkan nasi. Masukan ikan bilis goreng dan kacau sehingga sebati sehingga betul-betul masak.

Nasi Goreng Belacan

Nasi Goreng

Nasi goreng belacan warnanya agak merah kegelapan sedikit kerana belacan telah sebati dengan nasi semasa menggoreng.

Bahan-bahannya:

1. 5 pinggan nasi putih.
2. Isi ayam.
3. 2 biji telor.
4. Sayur kangkong ikut cita rasa/pilihan.
5. 2 sudu besar ibu sambal.
6. Belacan, kicap, garam serta gula secukup rasa.

Panaskan ibu sambal, masukkan belacan, isi ayam, telor dan kacau sehingga sebati.

Kemudian masukkan sayur kangkung, garam dan gula. Tambah sedikit air dan kicap, akhir sekali masukkan nasi. Kacau sehingga sebati dan betul-betul masak.

Nasi Goreng Cili Kering

Nasi Goreng

Nasi goreng cili kering ini sama juga dengan yang biasa, cuma ianya ditambah dengan hirisan cili kering yang sederhana halus semasa menggorengnya.

Bahan-bahannya:

1. 5 pinggan nasi putih.
2. Isi ayam.
3. 2 biji telor.
4. Sayur kangkung ikut cita rasa .
5. 2 sudu besar ibu sambal.
6. Hirisan 6 biji cili kering
6. Kicap, garam serta gula secukup rasa.

Panaskan ibu sambal, masukkan isi ayam, telor dan kacau sehingga sebati.

Kemudian masukkan sayur kangkung, garam dan gula. Tambah sedikit air dan kicap, akhir sekali masukkan nasi dan hirisan cili kering. Kacau sehingga sebati dan betul-betul masak.

Nasi Goreng Udang

Nasi Goreng Udang

Bahan-bahannya:

1. 5 pinggan nasi putih.
2. Udang saiz sederhana ikut cita rasa.
3. 2 biji telor.
4. Sayur-sayuran ikut cita rasa.
5. 2 sudu besar ibu sambal.
6. Kicap, garam serta gula secukup rasa.

Panaskan ibu sambal, masukkan udang, telor dan kacau sehingga sebati.

Kemudian masukkan sayur-sayuran, garam dan gula. Tambah sedikit air dan kicap, akhir sekali masukkan nasi. Kacau sehingga sebati dan betul-betul masak.

Selamat mencuba menu nasi goreng ringkas tapi sedap ini untuk hidangan seisi keluarga.

Ingat, anak-anak kena makan dahulu sebelum turun dari rumah, tidak pun ada bekalan makanan ke sekolah.

Zaman sekarang semua nak cepat, emak ayah pun nak cepat juga, anak-anak lagi nak cepat, kalau tidak lewat ke sekolah.

Memasak? Kena kupas bawang, potong cili kering, blend dan menumis, semua tu perlukan masa.

Jangan bimbang kami bagi anda mudah, semua dah tersedia dalam botol, pakai campak saja. 5 minit nasi goreng dah siap, mee goreng dah siap, nak apa lagi?

Sungguh senang, ringkas dan mudah, rujuk tutorial video untuk lebih memahaminya. Selamat mencuba menu nasi goreng istimewa menggunakan ibu sambal – D’APBROZE

Ketahui rahsia memasak nasi goreng simple. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang

Kongsikan...
Scroll To Top