NASI GORENG SIMPLE, PENYELAMAT SETIAP 15 HARI BULAN…

Kongsikan...

NASI GORENG 

Nasi Goreng
Nasi Goreng Simple

Sebut saja nasi goreng, pasti ramai yang tahu, malah kanak-kanak pun bila ditanya nak makan apa?

Jawapan yang keluar daripada mulut mereka ialah NASI GORENG, begitulah sinonimnya makanan berkenaan di kalangan masyarakat kita.

“Nak makan apa ya hari ini, tengok lauk pun dah jemu. Hari-hari tengok benda sama jerrrr…

Aaaaa nasi goreng laaa hari ini”, itulah yang selalu kedengaran bila tiada banyak pilihan terutama kepada mereka yang selalu makan di kedai.

Makanan ini menjadi penyelamat kepada perut yang kelaparan, terutama sekali bila masuk tengah bulan.

Sebab itulah setiap restoran atau warung yang menjual masakan panas, tidak sah kalau tidak mepamerkan menu makanan ini, 

Nasi Goreng

Begitulah popularnya menu tersebut, ada sesetengah warung hanya menjual makanan bergoreng sahaja.

Pelanggan mereka memenuhi setiap meja di sepanjang kaki lima, bandar-bandar besar setiap malam. 

Tidak kira tua, muda, miskin dan kaya pasti menyukainya.

Begitulah hebatnya, sehingga menjadi makanan kegemaran masyarakat di Asia Tenggara.

Mana-mana saja kita pergi, memang mudah untuk mendapatkannya.

NASI GORENG SIMPLE, RINGKAS DAN MUDAH

Di sebalik kepopularitinya, tidak ramai yang tahu cara paling senang memasak secara ringkas dan sedap.

“Sebenarnya, masak secara ringkas…10 minit jerrr, dah boleh hidang untuk 5 orang…

Tiada masa untuk sediakan sarapan atau memasak bukan lagi alasan… Anak-anak dan suami pasti sukakannya…”, kata salah seorang tukang masak yang enggan dikenali.

Nasi Goreng

Mari kita tengok bagaimana menyediakannya:

Bahan-bahannya, 5 pinggang nasi putih, isi ayam, 2 biji telor, sayur-sayuran ikut cita rasa, 2 sudu besar sambal tumis. Kicap, garam serta gula secukup rasa.

Panaskan sambal tumis, masukkan isi ayam, telor dan kacau sehingga sebati.

Kemudian masukkan sayur-sayuran, garam dan gula. Tambah sedikit air dan kicap, akhir sekali masukkan nasi. Kacau sehingga sebati.

Sungguh senang, ringkas dan mudah, rujuk tutorial video untuk lebih memahaminya. Selamat mencuba menu nasi goreng istimewa…– D’APBROZE

Ketahui rahsia memasak paling mudah dan cepat. 5 Minit Jer Siap! Lebih 20 Variasi masakan. Klik Di sini Sekarang
Kongsikan...
Scroll To Top